• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Juruterbang Beri Duit Raya kepada Penumpang Kanak-Kanak Sebelum Tinggalkan Pesawat

Juruterbang Beri Duit Raya kepada Penumpang Kanak-Kanak Sebelum Tinggalkan Pesawat

April 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KAPTEN Mohammad Ghazi Mohamed Azri, 37, menarik perhatian netizen apabila berkongsi video dia memberi duit raya kepada penumpang kanak-kanak sebelum meninggalkan pesawat.

Menurutnya, niat utama adalah berkongsi rezeki dan menggembirakan mereka yang pulang beraya kerana kebetulan giliran beliau bertugas tahun ini.

Kisah tersebut dirakam pada hari raya ketiga, sebaik saja mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu, Kelantan.

Menyedari ramai penumpang pulang ke kampung halaman, Mohammad Ghazi mengambil inisiatif keluar dari kokpit dan berdiri di depan pintu pesawat untuk mengagihkan sampul berisi duit raya kepada kanak-kanak.

Selalunya anak kapal yang berdiri di depan pintu pesawat untuk menyapa penumpang, tapi hari itu saya ambil tempat mereka kerana sudah niat hendak beri duit raya untuk kanak-kanak."

@gazze.azri Pilot Bagi Duit Raya #anakmakcikkantin #captaingazzeazri #flyhighandbeawesome #aokmer ♬ original sound - Captain Gazze Azri

Menurut Mohammad Ghazi, ini kali pertama beliau memberi duit raya kepada penumpang sepanjang 17 tahun menjadi juruterbang.

Juruterbang berkenaan turut menyatakan hasrat meneruskan pemberian duit raya itu sepanjang Syawal ini sebagai tradisi yang ingin diteruskan dalam memberi kegembiraan kepada penumpang.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Duit Raya, Hari Raya Aidilfitri 2025, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev