Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jumlah Penumpang BAS.MY Negeri Sembilan Naik 35 Peratus!
Auto Terkini

Jumlah Penumpang BAS.MY Negeri Sembilan Naik 35 Peratus!

SyafieBy Syafie01/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus

PENGGUNAAN perkhidmatan bas henti-henti BAS.MY di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan 35 peratus, dengan jumlah penumpang mencecah 125,000 orang setakat ini, berbanding 90,000 pengguna tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri, J Arul Kumar berkata, peningkatan itu melibatkan operasi 22 laluan dengan sokongan 90 unit bas seluruh negeri.

Pertambahan 35,000 penumpang membuktikan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan BAS.MY semakin meningkat, sekali gus mencerminkan kejayaan Kerajaan dalam memperkukuh sistem pengangkutan awam di Negeri Sembilan,” katanya.

Sasaran 200,000 Penumpang Tahun Depan

Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus
Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus

Arul Kumar berkata, pencapaian itu menjadi petunjuk positif dan Kerajaan Negeri komited terus meningkatkan penggunaan perkhidmatan BAS.MY, dengan sasaran lebih 200,000 penumpang pada tahun depan.

Bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan itu, Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa inisiatif seperti memperkenalkan kad konsesi BAS.MY yang menawarkan tambang percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah dan universiti serta orang kurang upaya (OKU). Setakat ini, 6,853 pendaftaran kad konsesi direkodkan di Negeri Sembilan dan angka itu dijangka terus meningkat.

Kad 30 Hari Tanpa Had RM30

Jumlah penumpang BAS.MY Negeri Sembilan meningkat 35 peratus

Kerajaan Negeri turut menawarkan kad perjalanan 30 hari tanpa had, yang sebelum ini berharga RM50 sebulan, tetapi kini diturunkan kepada RM30, bersamaan kira-kira RM1 sehari.

Saya yakin langganan ini memberi penjimatan ketara kepada pengguna kerana membolehkan mereka menaiki BAS.MY tanpa had dalam tempoh 30 hari dan terbuka kepada semua kategori penumpang, termasuk bukan penerima kad konsesi.

Setakat ini, seramai 514 individu sudah mendaftar bagi kad 30 hari tersebut,” katanya.

Laluan Nilai – KLIA Paling Sibuk

Arul Kumar berkata lagi, antara laluan paling sibuk ialah Nilai Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan purata 20,000 penumpang sebulan, diikuti laluan Terminal 1 Seremban ke Nilai Sentral yang merekodkan sekitar 6,000 penumpang.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat beberapa laluan yang mencatatkan penggunaan rendah dan Kerajaan Negeri akan mencadangkan supaya laluan berkenaan ditamatkan atau disusun semula.

Antara laluan dikenal pasti ialah Nilai ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan berkemungkinan digantikan laluan baharu yang kini masih dalam penelitian pihak berwajib,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Arul Kumar berkata pihaknya akan mencadangkan kepada pengurusan BAS.MY supaya diwujudkan laluan khas ke Hospital Tuanku Ja’afar, bagi memudahkan orang ramai mendapatkan akses ke hospital utama di negeri itu.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini bas henti-henti BAS.MY Negeri Sembilan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Lebuhraya WCE
Auto Terkini

160,000 Kenderaan Dijangka Penuhi WCE Hujung Minggu Ini

21/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

21/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Beri Diskaun 30 Peratus Tambang ETS Balik Kampung Sambut Ramadan

22/02/2026
Tirai MotoGP 2026 gegar Kuala Lumpur
MotoGP

#MotoGP2026: 20,000 Peminat Gegar Ibu Kota Sempena Pelancaran Musim 2026

21/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.