• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan MPV Merudum di Amerika, Chrysler Tutup Kilang Sebulan

Jualan MPV Merudum di Amerika, Chrysler Tutup Kilang Sebulan

July 2, 2019 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


GRAND Caravan ialah model kenderaan pelbagai guna (MPV) terlaris Dodge tahun lalu, tetapi malang menimpa abangnya, Chrysler menerusi model Pacifica (foto atas) kerana tidak menerima nasib sama pada permulaan 2019.

Kebetulan, tahun ini ialah ulang tahun Chrysler ke-35 di pasaran yang mana Fiat Chrysler Automobiles (FCA) sepatutnya meraikan detik bersejarah itu dengan memperkenalkan model Edisi Khas.

Chrysler Pacifica (2019)
Kabin Chrysler Pacifica (2019)

Namun, ulang tahun itu diburukkan dengan prestasi jualan kurang memberangsangkan hingga memaksa FCA menghentikan pengeluaran dan mengurangkan pekerja. Setepatnya, kilang FCA Windsor di Ontario, Kanada, yang memasang Pacifica dan Grand Caravan, dilaporkan akan dihentikan operasi buat sementara waktu selama lima minggu bermula 8 Julai hingga 5 Ogos tahun ini.

Ia terpaksa dilakukan bagi menambah baik dan meningkatkan operasi penyelenggaraan walaupun kilang itu pada mulanya dikatakan perlu ditutup dua minggu sahaja. Apa sudah jadi?

BACA >>> FCA Failkan Paten untuk Rekacipta Papan Pemuka 3 Skrin

KEMAS KINI KEMUDAHAN, PENYELENGGARAAN KILANG

Menurut kenyataan FCA Kanada, kilang di Windsor dihentikan sementara wantu untuk kerja-kerja pengemaskinian dan penyelenggaraan bagi menyokong pengeluaran model baharu sebelum kembali  beroperasi 12 Ogos nanti. Antara penambahbaikan dilakukan adalah memberikan tumpuan kepada Chrysler Voyager (2020) yang akan menggantikan dua varian bawah Pacifica.

MPV Voyager adalah sama seperti Pacifica, cuma berbeza spesifikasi dan lencana. Bagi penggal pertama 2019, jualan Pacifica dan Grand Caravan cukup perlahan. Rekod Pacifica merosot 29 peratus, bersamaan 38,490 unit!

BACA >>> Jualan Urus Bantu Lonjak Keuntungan Lamborghini dalam Tempoh 55 Tahun!

Malah, Grand Caravan dengan rekod jualan kukuh tahun lalu turut merosot 15 peratus (59,732 unit). Diharapkan pengenalan Voyager yang lebih murah dapat melonjakkan kembali jualan MPV mini jenama itu.

GALERI
chrysler-voyager-2020-1
chrysler-voyager-2020-2
chrysler-voyager-2020-3
chrysler-voyager-2020-4
chrysler-voyager-2020-5
chrysler-voyager-2020-6
chrysler-voyager-2020-7
chrysler-voyager-2020-8

SUMBER: Carbuzz

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Chrysler Pacifica, Chrysler Voyager (2020), Dodge Grand Caravan, FCA, Fiat, Fiat Chrysler Automobiles (FCA), jualan, jualan menurun, MPV, MPV Kompak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
    Yamaha Exciter 155 VVA (2021) Lancar! Lebih Kuasa, Harga Mula RM7k
  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!
    Vietnam Lancar Yamaha Exciter Petang Ini, Bocor Muka Depan!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my