• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Kenderaan Oktober 2020 Meningkat 5.2 Peratus!

Jualan Kenderaan Oktober 2020 Meningkat 5.2 Peratus!

November 18, 2020 By Azizi H Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUALAN kenderaan di Malaysia melonjak 5.2 peratus kepada 56,670 unit sepanjang Oktober 2020 berbanding 53,870 unit pada bulan sama tahun lalu, menurut data dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Mengikut perincian, kenderaan penumpang meningkat 51,795 unit pada bulan lalu berbanding 48,987 unit pada Oktober 2019. Namun jualan kenderaan perdagangan susut sedikit daripada 4,883 unit kepada 4,875 unit.

Perbandingan bulan ke bulan, jumlah jualan Oktober 2020 meningkat 0.4 peratus daripada September 2020.

BACA >>> Jualan Van, 4x4 Terpakai Melonjak Sejak PKPB Dilaksanakan

bilik-pameran-proton-bg
Bilik Pameran Renault PJ

Menurut MAA, jumlah jualan yang lebih tinggi pada Oktober 2020 disumbangkan pelancaran model baharu dan kempen promosi agresif dilakukan pengeluar kereta. Bagaimanapun, bagi tempoh 10 bulan pertama 2020, jualan kenderaan merosot kepada 398,159 unit berbanding 496,855 unit pada tempoh sama 2019.

Angka pengeluaran pula menyaksikan 58,631 unit kenderaan dikeluarkan pada Oktober 2020 berbanding 55,775 unit pada bulan sama tahun terdahulu.

Pengeluaran kenderaan penumpang meningkat kepada 55,063 unit pada Oktober 2020 berbanding 52,191 unit pada Oktober 2019, manakala pengeluaran kenderaan perdagangan menyusut kepada 3,568 unit daripada 3,584 unit sebelumnya.

Mengenai unjuran November 2020, MAA menjangka jumlah jualan yang lebih rendah berbanding Oktober 2020 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi semua negeri di Malaysia kecuali Perlis, Pahang and Kelantan. Ramalan ini juga berdasarkan pengurangan jumlah kehadiran pengunjung ke bilik pameran dan pusat jualan.

BACA >>> Jualan Perodua Oktober 2020 Pecah Rekod Bulanan Tertinggi Sepanjang Sejarah

SUMBER: Bernama

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Jualan Kenderaan Oktober 2020, MAA, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • #TahukahAnda: Tentang Segi Tiga Amaran dan Berapa Jauh Perlu Letak dari Kenderaan?
    #TahukahAnda: Tentang Segi Tiga Amaran dan Berapa Jauh Perlu Letak dari Kenderaan?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my