Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»MAA: Jualan EV Malaysia Lonjak 109 Peratus Sepanjang 2025!
Kenderaan Elektrik (EV)

MAA: Jualan EV Malaysia Lonjak 109 Peratus Sepanjang 2025!

SyafieBy Syafie20/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEGMEN kenderaan elektrik (EV) di Malaysia terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan pada 2025 apabila jumlah jualan kenderaan elektrifikasi (xEV) melonjak 52 peratus kepada 69,363 unit, berbanding 45,562 unit pada 2024.

Berdasarkan data dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), peningkatan ketara itu dipacu lonjakan jualan kenderaan elektrik bateri (BEV), selain pertumbuhan berterusan segmen kenderaan hibrid (HEV).

Jualan BEV Catat Lonjakan Tiga Angka

Juala EV BYD

Pada 2025, jualan EV melonjak 109 peratus kepada 30,848 unit, berbanding 14,766 unit (2024). Prestasi itu menjadikan EV sebagai segmen dengan kadar pertumbuhan terpantas dalam landskap automotif Malaysia.

Lonjakan tersebut mencerminkan peningkatan penerimaan pengguna terhadap EV sepenuhnya, didorong penawaran model baharu, rekabentuk lebih menarik dan kemajuan teknologi bateri.

HEV Kekal Relevan dengan Pertumbuhan Konsisten

Proton e.MAS 7 PHEV 2026
Proton e.MAS 7 PHEV 2026

Pada masa sama, jualan HEV turut mencatat prestasi positif dengan peningkatan 25 peratus kepada 38,515 unit, berbanding 30,796 unit (2024).

Pertumbuhan itu menunjukkan kenderaan hibrid kekal relevan dalam pasaran tempatan, khususnya dalam kalangan pengguna yang mahukan kecekapan bahan api lebih baik tanpa kebergantungan sepenuhnya kepada pengecasan luar.

Trend Pertumbuhan Kukuh Sejak 2021

Secara keseluruhan, pasaran xEV Malaysia menunjukkan pertumbuhan konsisten sejak 2021, bermula:

  • 8,153 unit (2021)
  • 22,619 unit (2022)
  • 38,214 unit (2023)
  • 45,562 unit (2024)

Prestasi 2025 dengan 69,363 unit mengukuhkan kedudukan kenderaan elektrifikasi sebagai segmen penting dalam transformasi industri automotif negara ke arah mobiliti lebih lestari.

EV Semakin Diterima Meluas

Data 2025 memperlihat peralihan semakin jelas ke arah elektrifikasi, dengan BEV muncul sebagai pemacu utama pertumbuhan, manakala HEV terus memainkan peranan sebagai teknologi peralihan.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV) Malaysian Automotive Association (MAA)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.