Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jualan Ducati Januari-Mac 2022 Meningkat Tinggi, Multistrada V4 Paling Laku
Auto Terkini

Jualan Ducati Januari-Mac 2022 Meningkat Tinggi, Multistrada V4 Paling Laku

Abang HirataBy Abang Hirata17/04/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUKU pertama (Q1) 2022 adalah tempoh baik buat Ducati yang mana pengeluar dari Itali itu berjaya menyerahkan 13,450 unit motosikal kepada pelanggan serata dunia.

Jumlah itu 5 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu dengan lonjakan 40 peratus daripada 2020. Walaupun jualan meningkat, pengeluaran Ducati rupa-rupanya turut terganggu akibat gangguan bekalan komponen daripada vendor.

BACA >>> #TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S – Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

Cabaran itu akhirnya menjejaskan keupayaan menghantar pesanan pelanggan mengikut jadual. Pada suku pertama, pembeli terbanyak motosikal Ducati adalah dari Itali sendiri dengan jumlah 2,544 unit, meningkat 8 peratus.

Negara kedua ialah Jerman (1,382 unit), pertambahan 9 peratus. Pertumbuhan signifikan dicatatkan pasaran Perancis dengan jualan 1,153 unit atau pertambahan 29 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Britain pula lebih besar dengan pertambahan 46 peratus kepada 860 unit, manakala nun di Brazil, Ducati memperoleh jualan 241 unit, iaitu penambahan 21 peratus.

Ducati menawarkan begitu banyak pilihan dan varian kepada pengguna, tetapi model manakah paling laris?

  • Bukan Panigale, tetapi Multistrada V4 dengan jualan 2,456 unit.
  • Kedua terlaris ialah Monster (1,868 unit), disusuli Scrambler 800 (1,557 unit).

Walaupun Panigale tidak berada dalam ranking tiga teratas, model itu mempunyai pengaruh besar yang membentuk identiti dan penjenamaan Ducati.

Ducati bukan setakat menjual, tetapi imej dibawa sudah seperti pengeluar kereta mewah dengan menawarkan khidmat kustom Ducati Unica. Ia menjadi faktor kenapa Ducati istimewa dan menjadi idaman ramai!

BACA >>> #TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S – Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!
BACA >>> Ducati Unica – Program Kustom Khas untuk Pemilik Ducati Bikin Motor Ikut Gaya Sendiri

Auto Terkini Ducati Ducati Monster Ducati Multistrada V4 Ducati Scrambler Jualan Ducati Jan-Mac 2022
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.