• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan April 2019 Lonjak Proton ke Ranking Kedua Jenama Automotif Terlaris Malaysia!

Jualan April 2019 Lonjak Proton ke Ranking Kedua Jenama Automotif Terlaris Malaysia!

May 2, 2019 By Han Othman Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON mengorak langkah lebih panjang apabila mencatatkan peningkatan jualan bulan ke bulan sejak menjalinkan kerjasama dengan rakan strategik baharu, Geely.

Jika Mac lalu Proton mencatatkan pertumbuhan jualan 6,145 unit kenderaan, bulan lalu pula pengeluar nasional itu menjual 7,011 unit kenderaan. Jumlah tersebut ialah rekod terbaik diraih Proton sejak 37 bulan, iaitu lebih tiga tahun lalu! Malah kini menduduki ranking kedua sebagai pengeluar paling laris di Malaysia.

BACA >>> Proton Persona (2019) Edisi Facelift Lancar, Harga Lebih Murah Bermula RM42,600

Jualan sepanjang April 2019 meningkat 14.1 peratus berbanding Mac lalu, dan mencanak naik 75 peratus jika dibandingkan bulan sama tahun lalu (April 2018).

Lebih membanggakan, angka jualan itu bukan hanya disumbangkan model baharu seperti X70, tetapi turut dibantu model sedia ada sejak sebelum berkolaborasi dengan Geely. Sebagai contoh, Saga menyumbang jualan lebih 3,000 unit, iaitu rekod terbaik sejak Ogos 2018, selepas pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Justeru Proton kini positif mampu mengekalkan ranking jenama automotif kedua terbaik untuk tahun ini. Misi tersebut dikuatkan lagi dengan pengenalan dua model dipertingkat (facelift), Persona dan Iriz beberapa minggu lalu, dan ada banyak bulan lagi untuk Proton melakukan beberapa kejutan lain. Khabarnya, Proton akan memperkenalkan Saga dan Exora versi facelift.

Hmm... menarik!

BACA >>> Proton Buka Kilang di Pakistan, Raih Dana Bank China RM1.88b, Sasar Nombor 3 di Asean

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Jualan Kereta 2019, Jualan Proton April 2019, Proton, PROTON Holdings Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev