Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JSPT Johor Kongsi Realiti 5 Sikap Pemandu ‘Tak Sihat’ di Jalan Raya
Auto Terkini

JSPT Johor Kongsi Realiti 5 Sikap Pemandu ‘Tak Sihat’ di Jalan Raya

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda, ada ramai manusia kurang sihat berada di jalan raya setiap hari? Kurang sihat di sini bukan bermaksud badan demam tetapi menjurus kepada pemandu lemah emosi dan gagal menggunakan akal fikiran sewajarnya.

Ini satu realiti yang sukar dinafikan. Malah pemandu kurang sihat seperti ini boleh dilihat hampir setiap hari, tidak kurang juga ada yang diheret ke muka pengadilan. Lebih menyedihkan, ada nyawa melayang disebabkan individu sebegini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Johor ada berkongsi reels di Facebook tentang isu ini dengan menceritakan realiti sikap manusia yang biasa ditemui.

Sekadar peringatan, foto di atas adalah insiden yang pernah kecoh pada September lalu dan dijadikan gambar hiasan dalam artikel ini. Bagaimanapun, ini cerita sebenar dan jangan baca jika anda mudah touching. Berikut ialah lima kategori dikongsi JSPT Johor:

Jenis Curang

“Semua lorong mahu masuk & mahu try. Bagi signal masuk, lepas tu curang lagi, tukar lagi. Bila kena tegur, keluar tangan goyang 1 jari.”

Jenis Hati Panas

“Nampak kereta sebelah bagi signal terus laju dan cucuk rapat. Pakej himpit dan hon sekali serta mulut penuh dengan jampi serapah. b*d@#H , p%@#%K.”

Jenis Gila Stereng

“Bawa kereta macam pelesit @ pejuang ‘akulah terpaling laju di JB’. Semua orang suruh ke tepi macam jalan raya bapak dia punya walaupun semua lorong penuh dengan kenderaan.”

Jenis Syahdu

“Layan lagu irama 60 an duduk lorong kanan depan 1 KM kosong tiada kereta lain. High Beam pun dia buat bodoh dan hidup dengan dunia dia. Bila hendak potong, dia pun laju dan sentap.”

Jenis Gelojoh

“Akulah yang paling hendak cepat. Lampu isyarat merah dilanggar, potong Q, parking bersepah. Semua hak orang dia sapu.”

JSPT Johor juga menasihatkan pengguna supaya jadi pemandu yang berhemah, beradab, bertimbang rasa dan saling hormat menghormati kerana jalan raya dikongsi bersama.

Malah turut diselit ialah meminta orang ramai mengambil pengajaran dan iktibar dengan setiap situasi yang berlaku serta jangan mulakan dan melayan provokasi jalanan daripada manusia kurang sihat.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Johor
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.