Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!
Auto Terkini

JPJ Umum Lima Inisiatif Utama 2026!

SyafieBy Syafie27/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Majlis Amanat Ketua Pengarah JPJ 2026

JABATAN Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan lima inisiatif utama 2026 sebagai sebahagian agenda memperkukuh keselamatan jalan raya dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pengumuman itu dibuat sempena Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia yang berlangsung semalam di D’Tempat Sendayan, Negeri Sembilan.

Lima Inisiatif Utama JPJ 2026

Antara lima inisiatif utama diumumkan JPJ tahun ini (2026) adalah:

  1. Program Pertukaran dan Pemberian Helmet
    Bertujuan meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal menerusi penggunaan helmet yang mematuhi piawaian keselamatan.
  2. Program MyLesen B2 2026
    Inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan lesen motosikal Kelas B2 secara lebih sistematik dan berstruktur.
  3. Pemerkasaan Penguatkuasaan Melalui Teknologi Moden
    Termasuk penggunaan kamera badan Body Worn Camera (BWC) bagi meningkatkan ketelusan, integriti dan keberkesanan penguatkuasaan di lapangan.
  4. Pelaksanaan Pusat Latihan Memandu Pasca-Pelesenan
    Bertujuan memperkukuh kemahiran dan sikap pemandu selepas memperoleh lesen, khususnya dalam aspek keselamatan dan pemanduan berhemah.
  5. Pembangunan Super Apps JPJ
    Sebagai gerbang utama perkhidmatan digital JPJ, merangkumi urusan pelesenan, pembayaran, semakan dan perkhidmatan berkaitan secara bersepadu.

Komitmen JPJ Perkukuh Keselamatan, Perkhidmatan

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, semua inisiatif tersebut mencerminkan iltizam JPJ dalam memastikan keselamatan jalan raya terus diperkasa, selain penyampaian perkhidmatan lebih cekap, telus dan berteraskan keperluan rakyat.

Inisiatif ini adalah sebahagian usaha berterusan JPJ untuk menambah baik sistem sedia ada, memanfaatkan teknologi dan mendekati rakyat melalui pendekatan yang lebih progresif,” katanya.

Pelan Komunikasi Strategik JPJ 2026-2028 Lancar

Pada majlis sama, JPJ turut melancarkan Pelan Komunikasi Strategik JPJ 2026-2028, yang bertujuan memperkasa penyampaian maklumat secara lebih konsisten, jelas dan berimpak tinggi kepada orang awam.

Pelan itu dijangka menjadi panduan utama JPJ dalam menyampaikan dasar, inisiatif serta maklumat berkaitan pengangkutan jalan raya kepada rakyat.

SUMBER: FBJPJ

Aedy Fadly Ramli Auto Terkini Datuk Aedy Fadly Ramli Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Majlis Amanat Tahun Baharu 2026
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Roda4

    Jetour T2 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Esports Sprint Challenge Malaysia 2026 Dibuka, Final Di Sepang Ogos Ini

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Amalfi Spider Versi Bumbung Boleh Buka Tampil Anggun!

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.