• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Selangor Mula Guna Kamera Badan Dalam Operasi Penguatkuasaan

JPJ Selangor Mula Guna Kamera Badan Dalam Operasi Penguatkuasaan

December 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ mula guna kamera badan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mula melaksanakan pemakaian kamera badan (Body Worn Camera, BWC) dalam kalangan anggota penguat kuasanya bermula Isnin lalu sebagai langkah strategik bagi meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti semasa operasi penguatkuasaan di lapangan.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, rakaman visual dan audio yang dirakam melalui BWC akan berfungsi sebagai bahan sokongan bukti yang sah, sekali gus membantu melancarkan siasatan sekiranya berlaku sebarang pertikaian.

Pemakaian BWC juga bertujuan melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas,” katanya.

Ops Perang Lebih Muatan Diteruskan Hingga 31 Disember

Dalam pada itu, Azrin berkata JPJ Selangor kekal komited melaksanakan Operasi Perang Lebih Muatan, yang berkuat kuasa dari 14 Oktober hingga 31 Disember ini di seluruh negara.

Setakat Rabu lalu, seramai:

  • 22 kenderaan lebih muatan ditahan
  • 39,555 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

Kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (5,160 notis)
  • Tiada lesen memandu kompeten (CDL) (4,440 notis)
  • Tiada perlindungan insurans (3,492 notis)
  • Tiada lesen vokasional (2,299 notis)

Penguatkuasaan Demi Keselamatan Jalan Raya

Menurut Azrin, penguatkuasaan yang dijalankan bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai langkah mendidik serta memastikan pematuhan terhadap spesifikasi teknikal, had muatan dan standard keselamatan jalan raya.

Penguatkuasaan bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya bagi mendidik serta memastikan semua pengendali dan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi spesifikasi teknikal, had muatan dan standard keselamatan jalan raya demi kepentingan bersama,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil tanpa pengecualian terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan.

Saluran Aduan Rasmi

Orang ramai turut diminta menyalurkan aduan berkaitan kesalahan kenderaan perdagangan menerusi:

  • Aplikasi MyJPJ
  • e-Aduan@JPJ
  • E-mel: [email protected]

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Body Worn Camera (BWC), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kamera badan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my