Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Selangor Menyamar dalam Bas untuk Kesan Penumpang Ingkar Pakai Tali Keledar
Auto Terkini

JPJ Selangor Menyamar dalam Bas untuk Kesan Penumpang Ingkar Pakai Tali Keledar

SyafieBy Syafie04/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bak ekspres dan persiaran Malaysia wajib pasang tali keledar mula 1 Julai 2025
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menggunakan kaedah penyamaran sebagai penumpang bas bagi mengesan pelanggaran undang-undang berkaitan pemakaian tali keledar penumpang dan pemandu.

Kaedah itu dilaksanakan menerusi Op Khas Pemakaian Tapi Pinggang Keledar Bas Ekspres dan Bas Persiaran yang dijalankan di lokasi tumpuan seperti terminal utama, kawasan Rehab dan Rawat (R&R) lebuh raya serta destinasi pelancongan.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi penyamaran itu adalah sebahagian pendekatan penguatkuasaan proaktif untuk memastikan pematuhan peraturan keselamatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, terutama bas.

Pemeriksaan Mengejut, Fokus Keselamatan Penumpang

Pegawai penguat kuasa JPJ akan melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap penumpang dan pemandu bas yang sedang beroperasi. Ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap pemakaian tapi keledar, terutama dalam kenderaan yang diwajibkan memasang peralatan keselamatan berkenaan.

Dalam operasi hari pertama Selasa lalu, 56 bas ekspres dan 23 bas persiaran diperiksa sekitar Selangor. Azrin memaklumkan tahap pematuhan dalam kalangan penumpang adalah memuaskan setakat ini.

Undang-Undang Wajib Pemasangan Tali Keledar

JPJ turut mengingatkan, mengikut Kaedah 2A(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978, semua bas yang dibina pada atau selepas 1 Januari 2020 diwajibkan dipasang tali keledar mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pengecualian hanya diberikan kepada bas henti-henti.

Pengusaha Bas dan Pemandu Wajib Ingatkan Penumpang

JPJ juga menegaskan pengusaha bas dan pemandu perlu memainkan peranan aktif dalam mengingatkan penumpang untuk memakai tali keledar sepanjang perjalanan.

Operasi itu akan dijalankan berterusan bagi memastikan tahap keselamatan sentiasa berada di tahap tertinggi dan mematuhi undang-undang serta piawaian keselamatan jalan raya di Malaysia,” kata Azrin.

Komitmen JPJ Selangor, Seruan kepada Orang Ramai

JPJ Selangor menegaskan komitmen dalam meningkatkan keselamatan jalan raya, terutama kenderaan awam. Langkah tersebut penting bagi mengurangkan risiko kecederaan parah atau kematian akibat kemalangan membabitkan bas ekspres dan persiaran.

Orang ramai juga digalakkan menjadi ‘mata JPJ’ dengan melaporkan sebarang kesalahan lalu lintas menerusi aplikasi MyJPJ.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini bas ekspres Bas Persiaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.