Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Mula Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 Termasuk Operasi Motosikal 24 Mac Ini!
Auto Terkini

JPJ Mula Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 Termasuk Operasi Motosikal 24 Mac Ini!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memulakan Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025, termasuk beberapa operasi yang menumpukan motosikal bermula 24 Mac – 8 April ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli ketika berucap di program Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-27 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Menurutnya, fokus akan diberikan terhadap sembilan kesalahan utama dalam operasi (Ops Khas Hari Raya Aidilfitri) yang akan dijalankan di seluruh negara.

Aedy berkata, antara kesalahan yang akan menjadi fokus adalah tidak memakai tali keledar/helmet, memandu melebihi halaju dibenarkan, melanggar lampu isyarat merah dan menggunakan telefon ketika memandu.

Beliau dalam ucapan perasmian berkata;

20 peratus kematian di jalan raya adalah berpunca akibat jalan gelap tanpa lampu. Menunggang motosikal pada waktu malam adalah amat berisiko. Penunggang juga disarankan mengamalkan tunggangan defensif.”

Teknik pemanduan defensif dimaksudkan adalah seperti mengekalkan jarak selamat, mengawal dan mengurangkan kelajuan di kawasan berisiko dan peka terhadap pergerakan kenderaan lain di jalan raya. Selain itu, penunggang dan pembonceng motosikal disarankan memakai pakaian cerah atau ves pemantul cahaya.

Pengurus Besar Penjenamaan dan Pemasaran Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Tim Ho berkata, fokus kempen adalah membantu menyemai kesedaran dan ilmu kepada penunggang motosikal memandangkan statistik menunjukkan golongan itu mencatat lebih 60 peratus kematian di jalan raya.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha anjuran HLYM dengan kerjasama Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA) kini memasuki episod ke-27 dan mendukung tema 2025, iaitu ‘Terang dalam Gelap – Tunggang Cermat, Perjalanan Selamat’.

Auto Terkini Datuk Aedy Fadly Ramli Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 Persatuan Pengedar Skuter dan Motosikal Malaysia (MMSDA roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.