• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Menyamar Dalam Bas Kesan Penumpang Ingkar Pakai Tali Pinggang Keledar

JPJ Menyamar Dalam Bas Kesan Penumpang Ingkar Pakai Tali Pinggang Keledar

July 2, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Bak ekspres dan persiaran Malaysia wajib pasang tali keledar mula 1 Julai 2025
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor kini menggunakan kaedah penyamaran sebagai penumpang bas bagi mengesan pelanggaran undang-undang berkaitan pemakaian tali pinggang keledar penumpang dan pemandu.

Kaedah ini dilaksanakan menerusi Op Khas Pemakaian Tapi Pinggang Keledar Bas Ekspres dan Bas Persiaran yang dijalankan di lokasi tumpuan seperti terminal utama, kawasan R&R lebuhraya serta destinasi pelancongan.

Menurut Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi penyamaran ini merupakan sebahagian daripada pendekatan penguatkuasaan proaktif untuk memastikan pematuhan peraturan keselamatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya bas.

Pemeriksaan Mengejut, Fokus Keselamatan Penumpang

Pegawai penguatkuasa JPJ akan melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap penumpang dan pemandu dalam bas yang sedang beroperasi. Ia bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap pemakaian tapi pinggang keledar, terutama dalam kenderaan yang diwajibkan memasang peralatan keselamatan berkenaan.

Dalam operasi hari pertama pada Selasa lalu, sebanyak 56 bas ekspres dan 23 bas persiaran diperiksa di sekitar Selangor. Azrin memaklumkan bahawa tahap pematuhan dalam kalangan penumpang adalah memuaskan setakat ini.

Undang-Undang Wajib Pemasangan Tali Pinggang Keledar

JPJ turut mengingatkan bahawa mengikut Kaedah 2A(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978, semua bas yang dibina pada atau selepas 1 Januari 2020 diwajibkan untuk dipasang dengan tali pinggang keledar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Pengecualian hanya diberikan kepada bas henti-henti.

Pengusaha Bas dan Pemandu Wajib Ingatkan Penumpang

JPJ juga menegaskan bahawa pengusaha bas dan pemandu perlu memainkan peranan aktif dalam mengingatkan penumpang untuk memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan.

Operasi ini akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan tahap keselamatan sentiasa berada di tahap tertinggi dan mematuhi undang-undang serta piawaian keselamatan jalan raya di Malaysia,” kata Azrin.

Komitmen JPJ Selangor dan Seruan kepada Orang Ramai

JPJ Selangor menegaskan komitmen mereka dalam meningkatkan keselamatan jalan raya, khususnya bagi kenderaan awam. Langkah ini penting bagi mengurangkan risiko kecederaan parah atau kematian akibat kemalangan membabitkan bas ekspres dan persiaran.

Orang ramai juga digalakkan untuk menjadi 'mata JPJ' dengan melaporkan sebarang kesalahan lalu lintas menerusi aplikasi MyJPJ.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas ekspres, Bas Persiaran, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ops Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev