Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Kesan Sindiket ‘Lesen Terbang’ Baharu, Dapat Lesen, Tapi Tiada Maklumat dalam Sistem
Auto Terkini

JPJ Kesan Sindiket ‘Lesen Terbang’ Baharu, Dapat Lesen, Tapi Tiada Maklumat dalam Sistem

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize07/02/20231 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SUATU masa lalu, kebanyakan lesen terbang yang diperoleh masih mempunyai rekod dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tetapi kini sindiket baharu pemalsuan lesen dikesan berleluasa di media sosial yang mana maklumat lesen langsung tidak wujud dalam sistem agensi Kerajaan itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, M Janagarajan berkata, modus operandi sindiket penipuan itu dibuat menerusi iklan di media sosial yang mendakwa lesen dikeluarkan adalah sah, tetapi sebaliknya.

BACA >>> JPJ Pulau Pinang Serbu 5 Bengkel Ubah Suai Motosikal Haram, Keluar 66 Saman
BACA >>> Indonesia Ubah Tempoh Perbaharui Lesen Memandu, Tidak Lagi Ikut Tarikh Lahir

Ada mangsa sudah membuat pembayaran dan menerima lesen palsu terbabit, tetapi ada juga mangsa mengadu akaun ditutup atau akaun tidak wujud selepas pembayaran dibuat,” katanya.

Beliau meminta orang ramai berhati-hati mendapatkan lesen kenderaan supaya tidak terjerat dengan pemalsuan lesen atau ‘lesen terbang’.

Menurutnya, jika mendapat lesen sedemikian, itu bukan lesen betul, tetapi palsu.

Janagarajan berkata lagi, JPJ sudah mengenal pasti ramai mangsa penipuan tersebut dan tindakan dilakukan di bawah bahagian pelesenan memandu integriti.

JPJ juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mengambil tindakan mahkamah ke atas suspek yang melakukan penipuan berkenaan.

Apa perlu pengguna ingat, lesen palsu itu hanya boleh digunakan dalam tempoh sekejap saja dan aktiviti ini biasanya disedari selepas pengguna membuat pembaharuan lesen pada tahun seterusnya,” katanya.

BACA >>> JPJ Bongkar Sindiket Jual Lesen Terbang Atas Talian, Bayar Serendah RM600
BACA >>> Menteri: Lesen, Cukai Jalan Boleh Perbaharui Secara Online Tak Lama Lagi

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ lesen memandu lesen palsu lesen terbang M. Janagarajan MCMC PDRM Scammer
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Roda4

Porsche ‘K1’ SUV Elektrik Lebih Besar Daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Akhiri 2025 Dengan Keuntungan Bersih RM246 Juta

27/02/2026
Kenderaan terbiar Shah Alam
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang kuasa PBT adalah terhad kecuali.. – KPKT

27/02/2026

1 Comment

  1. Detektif Sukan on 09/02/2023 23:16

    Lesen terbang? Lesen palsu? Isu ini sudah lama berlegar dalam kehidupan masyarakat kita sekian lama. Peratusan yg berlaku di ruang lingkung warga Malaysia mungkin kurang dari 10% dari keaeluruhan kes yg dicatatkan. Apakah Kemugkinan besarnya peratusan tertinggi berlaku dikalangan warga asing?
    Kenyataannya ramai juga warga asing yg kini bersenang2 memiliki kenderaan memandu dijalan2 persekutuan seolah pada mereka ianya bukan kesalahan. Secara tidak langsung menyumbang kepada statistik banyaknya jumlah kenderaan di Malaysia.

    Bila ditanya “ada ‘jalan’ boleh dapat lesen, semua boleh diuruskan” kata seorang warga asing yg lebih 20thn di Malaysia dan tiada pun sijil kerakyatan, memiliki kenderaan sendiri,perniagaan hebat malah tak tahu apa lagi yang dimiliki mereka. Dan yang pasti, keuntungan 100% tak perlu dikejar ‘pemungut cukai’. Mmg betullah pepatah hujan emas di negara ‘orang’ dan ianya memang baik bukan negara warga luar tu sendiri.

    Kita semua perlu jadi warga prihatin dengan bantuan Penguatkuasaan pihak berwajib yang perlu lebih bermartabat, bukan bermaksud ‘saman’ tanpa budi bicara, tapi kena bersikap ‘cintakan bangsa dan tanah air’. Kerana kerakusan sesetengah individu rosak seluruh ‘negara’. Akhirnya tergadailah segalanya.

    Banyak nak cakap dan bukan niat menuduh hanya menyampaikan maksud dari pengalaman.Sama2lah kita berganding ‘rasa’ mengurangkan kerosakan yang kita sendiri reka.

    Tapi, Sapa makan cili dialah rasalah pedasnya.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.