• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Kenderaan Berat Lebih 7.5 Tan Dilarang Masuk KL Waktu Puncak

JPJ: Kenderaan Berat Lebih 7.5 Tan Dilarang Masuk KL Waktu Puncak

June 3, 2022 By Farah Leave a Comment

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA pengendali syarikat atau pemandu kenderaan barangan melibatkan kenderaan berat dengan muatan (BDM) lebih 7,500kg dilarang memasuki jalan raya utama di Kuala Lumpur pada waktu puncak dari jam 6.30 pagi - 9.30 pagi dan 4.30 petang - 7.30 malam setiap hari.

Larangan penguatkuasaan itu dimaklumkan selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati terdapat pergerakan kenderaan berat memasuki laluan waktu terhad ke pusat bandar raya pada waktu puncak yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas dan menjejaskan kelancaran aliran trafik Lembah Klang.

Menurut JPJ, jalan raya yang diwartakan sekatan itu adalah sekurang-kurangnya 5km dari pusat bandar, bermula pintu masuk pusat bandar dengan papan tanda khusus yang mencatat waktu tidak dibenarkan untuk kenderaan berat masuk.

Antara laluan sekatan untuk kenderaan barangan bermula jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari ialah:

  • Semua jalan di Pusat Bandar Kuala Lumpur.
  • Jalan Kuching bermula Taman Wahyu di Jalan Ipoh hingga pusat bandar.
  • Jalan Genting Klang bermula Kolej TAR hingga pusat bandar.
  • Jalan Cheras bermula Taman Midah hingga pusat bandar.

Laluan sekatan bermula jam 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari pula ialah:

  • Jalan Kepong
  • Jalan Ipoh bermula dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves
  • Lebuhraya Karak
  • Jalan Gombak bermula Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur
  • Jalan Genting Klang.
  • Jalan Cheras bermula Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram.

JPJ berkata, larangan kenderaan barangan memasuki jalan raya utama di ibu kota sememangnya sudah lama dikuatkuasakan, tetapi sejak Peralihan ke Fasa Endemik, pemandu kenderaan berat dilihat mengabaikan peraturan tersebut dan berlaku pertambahan kenderaan ketara.

Jika pemandu atau pengendali syarikat didapati ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan tidak lebih RM300 atau boleh didakwa di mahkamah dengan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM2,000.

JUsteru JPJ menasihati semua pemandu dan pengendali syarikat pengangkutan kenderaan barangan mematuhi sepenuhnya kepada Peraturan Larangan Waktu Terhad yang diwartakan untuk jalan-jalan tertentu.

BACA>>> JPJ Promosi Drama Skuad JPJ, Netizen Tanya Ada Adegan Dikejar Tonto Tak?
BACA>>> Kamera GoPro Jadi Mata-Mata JPJ Rakam Pesalah Trafik

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jalan sekatan lori, JPJ, kenderaan barangan, kenderaan berat, waktu larangan kenderaan berat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my