Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»‘JPJ Filipina’ Tetap Harga Siling Bayaran Ujian Perubatan untuk Lesen Memandu
Auto Terkini

‘JPJ Filipina’ Tetap Harga Siling Bayaran Ujian Perubatan untuk Lesen Memandu

Han OthmanBy Han Othman23/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETUA Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) yang bakal bersara, Jayart Tugade menandatangani memo baharu yang menetapkan harga siling fi ujian perubatan 300 peso (RM25) untuk memohon atau memperbaharui Permit Pelajar dan Lesen Memandu.

Tugade mendakwa fi tersebut yang buat masa ini dicaj panel klinik ditauliahkan LTO adalah terlalu mahal dan membebankan orang awam.

Kita tidak boleh lagi mengetepikan banyak aduan diterima berhubung harga tinggi untuk mendapatkan sijil perubatan dengan ada yang membayar 500 peso (RM41) hingga setinggi 700 peso (RM57.40). Ini terlalu mahal untuk penduduk biasa,” katanya.

Dengan memo baharu itu, fi ujian perubatan ditetapkan pada 300 peso, dan panel klinik ditauliahkan LTO dibenarkan merendahkan bayaran fi tersebut jika mahu.

Menurut memorandum baharu itu;

Panel klinik perubatan ditauliah ada beberapa variasi fi dan caj yang menyebabkan percanggahan kadar. Bagi menyeragamkan, LTO menganggap wajar dan perlu untuk menetapkan fi ujian perubatan maksimum spesifik untuk dicaj daripada pemohon.”

Kegagalan panel klinik ditauliah mematuhi memo baharu itu boleh didenda 10,000 peso (RM820) dan 90 hari digantung tauliah untuk kesalahan pertama, 15,000 peso (RM1,230) dan 180 hari gantung tauliah untuk kesalahan kedua, dan ditarik balik tauliah untuk kesalahan ketiga.

Memo berkenaan akan berkuat kuasa 15 hari selepas disiarkan di akhbar umum, dan sudah diterima Pejabat Pendaftar Kebangsaan (ONR) di Bandar Quezon, Manila.

SUMBER: MotoPinas

Auto Terkini Filipina Jayart Tugade Ketua LTO Filipina lesen memandu LTO Filipina Pejabat Pengangkutan Darat (LTO) Ujian Perubatan
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.