Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ: Tunggakan Cukai Jalan Kereta Mewah VIP, Ahli Politik Cecah Lebih RM35.7 Juta!
Auto Terkini

JPJ: Tunggakan Cukai Jalan Kereta Mewah VIP, Ahli Politik Cecah Lebih RM35.7 Juta!

SyafieBy Syafie25/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JPJ mendedahkan tunggakan cukai jalan golongan VIP kini mencecah lebih RM35.7 juta.

GOLONGAN kenamaan termasuk ahli politik antara pemilik kenderaan mewah yang dikesan culas memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan, dengan jumlah tunggakan keseluruhan lebih RM35.7 juta.

Perkara itu didedahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang memaklumkan semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenama kenderaan mewah paling popular mencatat tunggakan tertinggi.

Rolls-Royce, Porsche Catat Jumlah Tertinggi

Berikut pecahan tunggakan mengikut jenama:

  • 345 unit Rolls-Royce: RM6.4 juta
  • 372 unit Lamborghini: RM3.7 juta
  • 660 unit Bentley: RM7 juta
  • 675 unit Ferrari: RM4.7 juta
  • 4,308 unit Porsche: RM13.7 juta

Hanya lima jenama ini sahaja sudah mencecah hampir RM35.7 juta tunggakan cukai jalan. Jumlah ini melibatkan kurang daripada 10,000 kenderaan tetapi nilai tunggakan sangat besar.” – Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan

Ops Luxury Dijalankan Berterusan

Loke menegaskan, JPJ kini giat melaksanakan Ops Luxury bagi mengesan dan menyita kenderaan mewah tanpa cukai jalan dan insurans sah.

  • Kenderaan yang ditahan akan disita serta-merta dan hanya dibenarkan keluar selepas pemilik menjelaskan cukai jalan dan memperbaharui insurans
  • Operasi bukan untuk memalukan sesiapa, tetapi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang tanpa mengira status sosial

Pemilik Sengaja Tunggu Disita

Lebih mengejutkan, ada pemilik yang memilih menunggu kenderaan disita kerana menganggap kompaun RM300 lebih murah daripada jumlah cukai jalan tahunan yang mencecah antara RM15,000 hingga RM30,000.

Jika sikap ini berterusan, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan lebih drastik. Jangan paksa kami umumkan nama atau dedahkan senarai pemilik jika mereka terus berdegil.”

Lebih 400 Kenderaan Mewah Disita

JPJ akan terus melaksanan Ops Luxury.

JPJ setakat ini sudah menyita lebih 400 kenderaan mewah dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Walaupun tidak semua kes dilaporkan kepada media, operasi akan diteruskan bagi memastikan semua kenderaan di atas jalan raya memiliki cukai jalan dan insurans sah.

Loke juga menyeru semua pemilik kenderaan mewah supaya menjalankan tanggungjawab memperbaharui cukai jalan tepat pada masanya.

JPJ mempunyai semua rekod pemilik, jenis kenderaan dan tempoh tamat cukai jalan. Walaupun ada bergelar Tan Sri, ahli politik atau ahli perniagaan, semua pihak perlu mematuhi undang-undang.”

Langkah itu penting bukan saja mengelakkan tindakan undang-undang, tetapi juga demi keselamatan pengguna jalan raya lain kerana kenderaan tanpa insurans boleh menimbulkan risiko jika berlaku kemalangan.

SUMBER: FB JPJ

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kementerian Pengangkutan (MOT) Ops Luxury
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.