Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026
Auto Terkini

JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

SyafieBy Syafie25/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEBANYAK 14,455 kenderaan di seluruh negara sudah diambil tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) setakat Isnin sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri 2026 (Op HRA 2026).

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, jumlah itu direkodkan hasil pemeriksaan terhadap 172,479 kenderaan melibatkan pelbagai kategori termasuk kenderaan persendirian, motosikal, kenderaan barangan dan bas.

33,402 Notis Dikeluarkan

Menurut beliau, sebanyak 33,402 notis sudah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain 1,651 slip pemeriksaan.

Dalam masa sama, sebanyak 289 kenderaan turut disita termasuk 43 kenderaan barangan kerana melanggar larangan pemanduan (roadban) yang sedang berkuat kuasa.

Tali Pinggang Keledar Kesalahan Tertinggi

JPJ memaklumkan kesalahan paling tinggi direkodkan adalah tidak memakai tali pinggang keledar dengan 761 kes.

Ini diikuti kesalahan membawa lebih muatan (353 kes) dan membawa muatan secara berbahaya (298 kes), selain beberapa kesalahan lain seperti:

  • Gagal patuhi lampu isyarat: 317 kes
  • Tidak pakai topi keledar: 293 kes
  • Guna telefon bimbit ketika memandu: 207 kes
  • Guna lorong kecemasan: 124 kes
  • Potong barisan: 132 kes
  • Potong garisan berkembar: 81 kes

Johor Catat Kes Tertinggi

Dari segi negeri, Johor mencatatkan jumlah kesalahan tertinggi dengan 881 kes, diikuti Pahang (264 kes) dan Perak (207 kes).

Kesalahan utama di negeri-negeri ini melibatkan tidak memakai tali pinggang keledar serta penggunaan telefon bimbit semasa memandu.

JPJ menegaskan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan sepanjang musim perayaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

SUMBER: AstroAwani

Akta Pengangkutan Jalan 1987 Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ops Hari Raya Aidilfitri
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.