Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Johor, MOT Jalin Kerjasama Bentuk Pasukan Petugas Khas Untuk Tangani Isu Kesesakan, Penyuraian Trafik RTS
Auto Terkini

Johor, MOT Jalin Kerjasama Bentuk Pasukan Petugas Khas Untuk Tangani Isu Kesesakan, Penyuraian Trafik RTS

SyafieBy Syafie12/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERAJAAN Negeri Johor bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) telah sepakat untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang akan fokus kepada perbincangan mengenai masalah kesesakan jalan raya dan penyuraian trafik melibatkan Sistem Rapid Transit (RTS).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan bahawa penubuhan pasukan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bil 3/2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Parlimen, semalam.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut turut membincangkan pelbagai isu dan langkah-langkah bagi mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya di Johor Bahru dan Lembah Klang yang semakin kritikal dan memberi impak kepada kesejahteraan rakyat.

Kerajaan negeri juga membentang beberapa inisiatif utama yang sedang dan akan dilaksanakan termasuk pengenalan rangkaian infrastruktur pengangkutan dan penyuraian trafik di kawasan ‘Greater JB‘ dengan pengenalpastian 77 kawasan sesak yang melibatkan empat pihak berkuasa tempatan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata;

Beberapa cadangan penting seperti Park & Ride untuk perkhidmatan bas, penambahan laluan bas henti-henti, dan pengembangan infrastruktur jalan raya di Johor, terutama di kawasan Grater JB, turut dibentangkan.”

Justeru, beliau yakin bahawa dengan kerjasama erat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan dapat merealisasikan segala inisiatif yang telah dirancang bagi memastikan isu kesesakan dan keselamatan jalan raya terus diberikan perhatian utama demi keselesaan rakyat Johor.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Kerajaan Negeri Johor Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Sistem Rapid Transit (RTS) Timbalan Perdana Menteri
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    JPJ kuat kuasa pemasangan peranti SLD pasa bas ekspres
    Auto Terkini

    JPJ Perketat Penguatkuasaan Bas Tiada Peranti Had Kelajuan Sempena Raya 2026

    18/03/2026
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    18/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.