
Honda telah melancarkan prototaip kenderaan elektrik (EV) generasi baharu mereka, Honda 0 α di Pameran Mobiliti Jepun (Japan Mobility Show) 2025.
Pengenalan ini menandakan langkah penting Honda dalam strategi peralihan ke arah elektrifikasi global.

0 α merupakan penambahan terbaharu kepada siri EV Honda 0 Series, yang sebelum ini menampilkan model 0 Saloon dan 0 SUV.
Model ini diletakkan sebagai aras mula, dengan reka bentuk yang sofistikated dan kabin yang luas dengan keselesaan penumpang yang unggul.
Pendekatan Pembangunan Honda 0 Series

Prototaip Honda 0 α dibangunkan berdasarkan falsafah utama Honda 0 Series, iaitu Langsing/Nipis, Ringan, dan Pintar (Thin, Light and Wise).
Dengan pakej reka bentuk berdasarkan pendekatan Langsing , gaya badan dengan ketinggian yang rendah dapat dicapai tanpa menjejaskan kelegaan tanah (ground clearance) dan menghasilkan kabin yang langsing namun masih menawarkan ruang yang luas dan selesa untuk penumpang.

Selain itu, model pengeluaran dijangka dilengkapi teknologi yang merangkumi pendekatan Ringan dan Pintar, termasuk sistem operasi Asimo OS baharu dan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 3.
Reka Bentuk Luaran yang Unik
Dari segi luaran, Honda 0 α menggabungkan gaya badan yang kemas dan moden yang melambangkan 0 Series
- Pencahayaan Bersepadu: Bahagian hadapan dan belakang menampilkan kawasan skrin berbentuk panel yang menempatkan elemen pencahayaan.
- Di hadapan, komponen seperti lampu hadapan, penutup pengecasan dan logo berlampu disepadukan dalam satu unit visual yang kemas.
- Belakang: Bahagian belakang mempunyai pillar C yang memanjang dan berakhir pada bahagian belakang yang hampir menegak.
- Susunan lampu belakang menampilkan bentuk U yang menarik, menggabungkan lampu belakang, lampu undur dan lampu isyarat membelok.

Jadual Pelancaran Pasaran
Prototaip Honda 0 α merupakan sebahagian daripada rancangan Honda untuk melancarkan tujuh model 0 Series menjelang 2030.
Model pengeluaran besar-besaran dijadualkan untuk mula dijual secara global bermula tahun 2027. Di antara pasaran yang disahkan menerima model ini ialah Jepun dan India.
Leave a Reply