Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

SyafieBy Syafie23/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menyita sebanyak 42 kenderaan mewah import bernilai keseluruhan lebih RM22 juta dalam operasi khas Ops Terma yang dijalankan dari 5 Januari hingga 6 Februari lalu.

Operasi tersebut melibatkan 341 pemeriksaan ke atas gudang berlesen serta rondaan darat di seluruh negeri.

Menurut Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi, nilai kenderaan yang disita berjumlah RM7,663,970, manakala jumlah cukai terlibat mencecah RM14,368,334.

Secara keseluruhan, anggaran nilai sitaan termasuk cukai adalah sebanyak RM22,032,304,” katanya.

21 Kes Dibuka, Empat Ditahan

Dalam operasi berkenaan:

  • 21 kes dibuka untuk siasatan
  • Empat tangkapan dibuat membabitkan pemilik syarikat
  • Semua suspek lelaki tempatan berusia antara 40 hingga 50 tahun

Antara jenama kenderaan mewah yang disita termasuk:

  • Mercedes-Benz
  • BMW
  • Toyota
  • Lexus

Kenderaan tersebut diimport antaranya dari Jepun dan United Kingdom.

Antara Kesalahan Dikesan

JKDM memaklumkan antara kesalahan yang dikenal pasti dalam Ops Terma adalah:

  • Mengimport kenderaan tanpa permit import sah
  • Membawa masuk kenderaan dari Singapura tanpa dokumen lengkap
  • Menyimpan kenderaan melebihi tempoh dibenarkan tanpa membayar cukai
  • Mengeluarkan kenderaan bawah kawalan kastam tanpa izin

Mengikut peraturan, kenderaan import hanya boleh disimpan di gudang berlesen selama 24 bulan, dan lanjutan maksimum sehingga 48 bulan dengan kelulusan. Jika melebihi tempoh tersebut, cukai perlu dibayar.

Penguatkuasaan Diperketat

Ops Terma dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan import serta mengelakkan ketirisan hasil negara.

JKDM menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan terhadap aktiviti pengimportan tidak sah, khususnya membabitkan kenderaan mewah bernilai tinggi.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kastam Johor Ops Terma
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati Dalam F1 2026

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.