• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Jepun Perkenal Warna Baharu Kawasaki Ninja ZX-6R (2021), Harga RM53k

Jepun Perkenal Warna Baharu Kawasaki Ninja ZX-6R (2021), Harga RM53k

July 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motors Japan (Kawasaki Jepun) mengumumkan tawaran dua skema warna baharu bagi model supersport Ninja ZX-6R yang dijangka memasuki pasaran negara itu pada 1 Ogos ini.

Dua warna baharu itu ialah hijau-hitam dengan merah-putih untuk varian KRT, dan putih-kelabu untuk Standard. Edisi KRT sebelum ini cuma ada dua warna, hijau-hitam sahaja. Terdahulu, Indonesia terlebih dahulu memperkenalkan seragam baharu versi 2021 ini untuk supersport itu, tetapi cuma warna KRT. 

BACA >>> Kawasaki ZX-6R ABS (2021) Indonesia Kini dengan Skema Warna Baharu

Grafik baharu Ninja ZX-6R KRT Edition (2021) kini nampak lebih kemas jika dibandingkan model lalu. Varian Standard pula  didatangkan dalam warna kelabu-putih dengan aksen hijau Kawasaki pada fairing sisi dan sekeliling rim. Model ini turut mengekalkan lampu depan kembar jenis LED dengan kluster instrumen kombi digital-analog.

Bagaimanapun, model 2021 tidak melibatkan perubahaan talaan prestasi dan aspek mekanikal. Trenkuasa 4-silinder sebaris 636cc DOHC penyejukan cecair mampu menghasilkan kuasa maksimum 134hp dan tork setinggi 70.8Nm dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Antara ciri dimiliki supersport ini ialah klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), Kawalan Traksi Kawasaki (KTRC) dengan tiga mod pemetaan enjin, mod kuasa dan Sistem Brek Anti-Kunci Pintar (KIBS). Sistem suspensi menggunakan unit fork Showa SFF-BP di depan dan monoshock dengan swingarm Uni Track Bottom Link di belakang.

Sistem brek menggunakan dwi cakera patel 310mm pada roda depan, dan cakera tunggal 220mm di belakang, manakala tayar jenis Bridgestone Hypersport S22 Radial. Harga kedua-dua varian adalah sama, iaitu 1,353,000 yen (RM54,330).

BACA >>> Thailand Tambah Tiga Lagi Seragam Baharu Kawasaki Ninja 400 (2021)

GALERI

SUMBER: Zigwheels | KMJ

Artikel Berkaitan

414
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Jepun, Kawasaki Motor Japan, kawasaki ninja, Kawasaki Ninja ZX-6R (2020), Kawasaki Ninja ZX-6R (2021), roda2, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my