Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jepun Buka Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R, Kuasa Lebih Rendah, Harga Mula RM32k
Auto Terkini

Jepun Buka Tempahan Kawasaki Ninja ZX-25R, Kuasa Lebih Rendah, Harga Mula RM32k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/07/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUMAAT lalu, Indonesia baru saja melancarkan Kawasaki Ninja ZX-25R. Bagaimanakah pula dengan negara asal Jepun? Menurut portal automotif Kojintekibikematome, sportbike 4-silinder suku liter itu sudah dibuka tempahan hingga 17 Julai ini dan penghantaran akan bermula 10 September depan.

Apakah perbezaan antara Ninja ZX-25R versi Jepun dan Indonesia?

BACA >>> 14 Fakta Pantas: Kawasaki Ninja ZX-25R (2021) Lancar, Harga Mula RM28k Sahaja!

1. KUASA DAN TORK LEBIH RENDAH

Perbezaan paling ketara adalah kuasa dihasilkan.  Ninja ZX-25R spesifikasi Indonesia menghasilkan kuasa 51ps (49hp) dengan ram udara, dan 50ps (48hp) tanpa ram udara pada rev 15,500rpm, manakala tork 22.9Nm @ 14,500rpm.

Ninja ZX-25R spesifikasi Jepun pula menghasilkan kuasa sedikir rendah 46ps (45hp) dengan ram udara dan 45ps (44hp) tanpa ram udara pada 15,500rpm, manakala tork 21Nm @ 13,000rpm. Perbezaan ini mungkin ada kaitan dengan regulasi Euro yang mana model Jepun mematuhi Euro5 dan Indonesia Euro4.

Jadi Ninja ZX-25R di Jepun memerlukan komponen emisi tambahan bagi mengurangkan pencemaran dan kemungkinan ditambah penukar bermangkin (catalytic converter) pada mufler ekzos. Ini dikukuhkan lagi dengan beza berat,  model Jepun memiliki berat 183kg (Standard) dan 184kg (SE), manakala model Indonesia 180kg (Standard) dan 182 (ABS SE).

2. ADA TIGA WARNA PILIHAN

Semua varian Ninja ZX-25R spesifikasi Jepun didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kuncin (ABS), tidak seperti Indonesia. Jika negara jiranitu didatangkan dengan empat pilihan warna, pelanggan Jepun pula ditawarkan tiga warna badan iaitu:

  • Metallic Spark Black (Standard)
  • Metallic Spark Black/Pearl Flat Stardust White (SE)
  • Lime Green (SE KRT EDITION)

Warna biru tidak ditawarkan di Jepun, manakala kowl pelana tunggal juga bukan ciri standard untuk model SE di sana.

3. AKSESORI TAMBAHAN VERSI SE

Pelanggan Jepun yang memilih varian ZX-25R SE (SE KRT) akan dapat opsyen tambahan:

  • Slider – 28,160 yen (RM1,123)
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) dua hala – 40,810 yen (RM1,627)
  • Visor gelap – 16,170 yen (RM645)
  • Tape roda rim (hijau,perak) – 3,564 yen (RM142)
  • Soket USB bawah pelana – 7,238 yen (RM289)

4. HARGA TIGA VARIAN

  • Kawasaki ZX-25R –  825,000 yen (RM32,898)
  • Kawasaki ZX-25R SE – 913,000 yen (RM36,407)
  • Kawasaki ZX-25R SE KRT Edition – 913,000 yen (RM36,407)

Harga adalah termasuk cukai dan lebih menarik, harga varian Standard Ninja ZX-25R lebih murah ¥20,000 (RM797) berbanding CBR250RR (2021) Standard di Jepun.

BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Perdengar Deruman Ekzos Yoshimura Ninja ZX-25R yang Padu!

5. JUMLAH PENGELUARAN

Kawasaki Motors Japan merancang menghasilkan 6,000-7,000 unit menjelang Mac 2021, dan bergantung kepada situasi Covid-19 dari semasa ke semasa.

Portal Kojintekibikematome mendakwa Kawasaki mensasarkan pemasangan tahunan Ninja ZX-25R kira-kira 5,000 unit berbanding sasaran terdahulu 6000-7,000 unit. Sementara itu, kilang Kawasaki Motors Indonesia (KMI) menanggarkan jumlah pengeluaran 2,000 unit setahun.

Bagaimanapun, sambutan diterima adalah menggalakkan dan sukar untuk Kawasaki memenuhi permintaan tersebut dalam tempoh tahun ini. Dianggarkan kebanyakan penghantaran Ninja ZX-25R akan dibuat menjelang Mac tahun depan.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?

GALERI

 

Auto Terkini Ekzos ZX-25R Honda CBR250RR Kawasaki Kawasaki Motor Indonesia (KMI) Kawasaki Motor Malaysia (KMM) Kawasaki Motors Kawasaki Motors Japan Kawasaki Ninja ZX-25R Kawasaki ZX-25R KHI Japan Kojintekibikematome roda2 sportbike Sportbike Suku Liter Tetsuji Yamamoto
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    Toyota Urban Cruiser EV 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    02/04/2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 Kini di Malaysia – Harga RM33,888, Enjin 700cc 74 HP

    02/04/2026
    Roda2

    HYLM Lancar Yamaha Ténéré 700 Baharu, Harga Mula RM58,998

    02/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026

    1 Comment

    1. Jan on 14/07/2020 14:50

      wahhh lagi murah zx25r dari cbr kat jepun? honda mmg jenama bangsawan la 😀

      kalau masuk malaysia, mungkin masuk yang spec euro5 juga? maksudnya semakin x berbaloi dgn harga yang sudah terlalu mahal.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    By Syafie27/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.