• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Jentera Baharu F1, Mercedes-AMG W08 EQ Power+ Siap Sedia Pertahan Kejuaraan

Jentera Baharu F1, Mercedes-AMG W08 EQ Power+ Siap Sedia Pertahan Kejuaraan

February 26, 2017 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


TIDAK mahu ketinggalan, Mercedes-AMG W08 EQ Power+ tampil memperkenalkan diri sebagai jentera baharu sempena saingan Formula Satu (F1) musim ini - 2017 - dalam usaha mempertahankan kejuaraan. Pengenalan peraturan baharu menyaksikan suasana saingan siri F1 musim ini berbeza, di mana masing-masing jentera bakal muncul dengan rekabentuk baharu.

Mercedes W08 EQ Power+ hanya berkongsi 17 peratus komponen digunakan jentera musim lalu yang berjaya dinobatkan sebagai juara. Enjin masih mengekalkan kapasiti 1.6L pengecajturbo V6, tetapi diperhalusi dan ditala semula.

LEBIH RENDAH DAN LEBAR

Perubahan terbesar dapat dilihat pada kerja badan. Kali ini, profil jentera lebih rendah dan lebar, termasuk saiz tayar lebar serta beberapa peranti aerodinamik baharu yang menjadikan mesin musim ini 40kmj lebih pantas berbanding versi terdahulu. Menurut Mercedes, unit kuasa jentera baharu kini lebih berat berbanding lama bagi mengimbangi beban tambahan daripada kit aero daya bawah (downforce).

Turut menarik perhatian ialah perkataan EQ pada nama jentera. Menurut Mercedes lagi, EQ adalah merujuk kepada sub jenama elektrik dan hibrid baharu dibangunkan pengeluar itu dengan nama sama.

LEWIS HAMILTON
VALTTERI BOTTAS

Selepas pemergian mengejut juara 2016, Nico Rosberg, Mercedes memutuskan membawa masuk Valtteri Bottas daripada Williams untuk memandu bersama Lewis Hamilton.

Debut ujian Mercedes W08 EQ Power+ dilakukan minggu ini di Catalunya, Sepanyol, manakala penampilan pertama Grand Prix pada 2 Mac ini di Australia.

GALERI

SUMBER: Road and Track | FOTO: Autocar.co.uk

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: F1, F1 2017, Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, Mercedes-AMG, Mercedes-AMG W08 EQ Power+, Petronas, Petronas Mercedes-AMG W08 EQ Power+, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my