Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MAA: Jenama Nasional Kuasai 62.3 Peratus Pasaran Automotif Malaysia
Auto Terkini

MAA: Jenama Nasional Kuasai 62.3 Peratus Pasaran Automotif Malaysia

SyafieBy Syafie20/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan kereta nasional Malaysia meningkat

JENAMA nasional terus mengukuhkan kedudukan dalam industri automotif Malaysia pada 2025 apabila mencatat peningkatan pegangan pasaran kepada 62.3 peratus, berbanding 61.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jenama nasional merekodkan jualan 511,468 unit sepanjang 2025, meningkat 1.1 peratus atau 5,779 unit berbanding 505,689 unit (2024).

Jenama Bukan Nasional Catat Penyusutan Kecil

Pada tempoh sama, jenama bukan nasional mencatat penurunan jualan 0.6 peratus kepada 309,284 unit, berbanding 311,058 unit (2024). Pegangan pasaran segmen itu turut menyusut kepada 37.7 peratus, berbanding 38.1 peratus (2024).

MAA menjelaskan penyusutan ini sebahagian besar dipengaruhi sumbangan lebih rendah daripada segmen kenderaan komersial, yang mencatat prestasi lemah sepanjang 2025.

Pasaran Keseluruhan Kekal Positif

Secara keseluruhan, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) 2025 meningkat 0.5 peratus kepada 820,752 unit, berbanding 816,747 unit (2024), sekali gus menandakan tahun kedua berturut-turut jualan kenderaan negara melepasi paras 800,000 unit.

Peningkatan pegangan pasaran jenama nasional itu mencerminkan kekuatan permintaan terhadap kenderaan mampu milik, khususnya dalam segmen kenderaan penumpang, selain strategi harga dan promosi lebih agresif.

Jenama Nasional Tulang Belakang Industri

Logo Perodua
Logo Proton

Prestasi 2025 menunjukkan jenama nasional terus menjadi tulang belakang industri automotif Malaysia, manakala jenama bukan nasional berdepan cabaran dalam mengekalkan momentum, terutama dalam segmen kenderaan komersial.

Trend itu turut mencerminkan perubahan corak pembelian pengguna yang semakin menitik berat nilai, kos pemilikan dan kecekapan penggunaan.

Auto Terkini Jenama Nasional Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) Malaysian Automotive Association (MAA)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.