Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum
Auto Terkini

Jatuh Landasan Tren Sebab Ralit Main Telefon? Ini Penjelasan Insiden LRT Abdullah Hukum

Han OthmanBy Han Othman04/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum

SEMALAM, seorang wanita dilaporkan terjatuh dari platform di Stesen LRT Abdullah Hukum hingga tular pelbagai spekulasi, termasuk dakwaan mangsa dipercayai ralit menggunakan telefon bimbit sebelum terjatuh.

Menerusi perkongsian dalam media sosial Threads, beberapa pengguna mendakwa mangsa dilihat ‘leka’ dengan telefon sebelum insiden berlaku. Namun setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca sebenar kejadian.

Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum

Tiada Pengesahan Rasmi Setakat Ini

Logo Rapid Rail

Syarikat pengendali, Rapid Rail Sdn Bhd sebelum ini hanya mengesahkan kejadian berlaku sekitar jam 6 petang dan melibatkan seorang wanita yang terjatuh atas landasan sebelum tersepit di bawah tren.

Mangsa berjaya diselamatkan pasukan bomba dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pihak berkuasa juga memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Realiti: Platform Tren Bukan Tempat ‘Auto Mode’

Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum

Walaupun punca sebenar belum disahkan, insiden itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai tahap keselamatan dan sikap pengguna di platform tren.

Faktanya:

  • Kawasan platform ialah zon berisiko tinggi
  • Tren datang dengan senyap, dan laju
  • Ruang sempit, dan margin kesilapan hampir sifar

Kalau tambah faktor gangguan seperti leka bermain telefon, memang sangat bahaya!

Bukan Kali Pertama Isu ‘Distracted Walking’

Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum
Wanita jatuh platform stesen LRT Abdullah Hukum

Fenomena gangguan ketika berjalan (distracted walking) seperti berjalan sambil fokus kepada telefon bimbit, bukanlah bukan benda baru. Banyak kes di luar negara melibatkan pejalan kaki jatuh, dilanggar atau cedera akibat hilang fokus.

Jadi apabila di platform tren, risiko tersebut memberikan risiko berganda.

Buat masa ini, jangan cepat buat kesimpulan. Sama ada ralit main telefon atau faktor lain, siasatan rasmi masih berjalan. Tapi satu benda jelas, di platform tren, jangan hilang realiti ‘zon’ anda.

Sebabnya, beza antara selamat dan tragedi kadang-kadang cuma satu langkah tersilap.

Auto Terkini Jatuh LRT Kemalangan LRT Rapid Rail RAPID Rail Sdn Bhd stesen lrt abdullah hukum Tren LRT Wanita Jatuh Platform LRT Abdullah Hukum
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
Auto Terkini

Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

04/04/2026
Auto Terkini

Volkswagen Atlas 2027, Rekabentuk Tegap 8 Tempat Duduk, 2.0L Turbo, Varian Hibrid Hanya Tiba Kemudian

04/04/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

03/04/2026
BSH memang hadiah utama MMOTY 2026
Auto Terkini

BSH Dominasi Anugerah Allianz – Bikes Republic MMOTY 2026, Umum Peluas Rangkaian BigWing di Utara

03/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Roda4

Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

By Syafie01/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Kenderaan Elektrik (EV)

SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

By Syafie03/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.