Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jangan Jual Kereta Kepada Warga Asing Tanpa Tukar Status Hak Milik
Auto Terkini

Jangan Jual Kereta Kepada Warga Asing Tanpa Tukar Status Hak Milik

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize22/02/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

RAKYAT Malaysia dinasihatkan jangan menjual kenderaan kepada warga Rohingya atau mana-mana warga asing tanpa menukar hak milik kenderaan kerana kenderaan itu berisiko digunakan untuk kegiatan jenayah.

Isu berhubung penjualan kenderaan kepada warga asing tanpa penukaran hak milik sudah lama berlaku di negara melalui segelintir pihak yang ingin me­ngaut keuntungan berlipat ganda.

Mungkin ramai tidak sedar, penjualan kenderaan kepada warga asing tanpa penukaran hak milik adalah salah di sisi undang-undang serta merisikokan diri dan pengguna jalan raya lain.

Presiden Persekutuan Persa­tuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia, Datuk Tony Khor Chong Boon berkata, hal itu boleh me­ngundang kejadian jenayah seperti pembuli jalanan, rompakan dan salah laku jalan raya yang tidak disedari pemilik kenderaan itu sendiri.

Beliau berkata:

Tidak menukar nama hak milik kenderaan sememangnya salah di sisi undang-undang. Jika terdapat kesalahan jalan raya ia adalah kesalahan atas pemilik kenderaan bukan pihak yang membeli kenderaan itu.

Ini akan menyebabkan pemilik kenderaan sendiri perlu menanggung risiko serta diburu pihak berkuasa jika didapati mempunyai rekod jenayah.”

Katanya, pembeli juga harus mengikut saluran yang betul untuk membeli sebarang kenderaan dan mengelak berlakunya tipu beli dalam penjualan kenderaan.

Tambah beliau:

Penjual juga jangan mengambil kesempatan terhadap warga asing ini. Ada antara mereka mempunyai dokumen sah dan boleh tukar hak milik, tetapi penjual lebih memilih untuk tidak menukar hak milik untuk dapat untung lebih tinggi.”

Baru-baru ini, Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang menyita sebuah kenderaan persendirian di bawah Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan tiada lesen memandu yang dipandu warga Myanmar. Kenderaan tersebut ditahan di Jalan Perai Jaya 1, semasa anggota penguatkuasa menjalankan tugas di situ.

Sekadar perkongsian, Lesen Memandu Suruhanhaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) juga tidak sah digunakan untuk memandu apa jua kenderaan di Malaysia seperti yang diberitahu JPJ sebelum ini.

Menurut JPJ:

Ini selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, ia berdasarkan kepada petikan kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa pemegang kad UNHCR tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia.”

BACA >>> Menteri: Warga Rohingya Jangan Naik Kepala Langgar Undang-Undang Negara
BACA >>> JPJ Gempur Warga Asing Pandu Trak Pikap Putih, Lori di Cameron Highlands

SUMBER: Kosmo

Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Datuk Tony Khor Chong Boon Lesen Memandu Suruhanhaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) Myanmar PATI Pemegang Kad UNCHR Rohingya warga asing
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.