Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Jaecoo Masuk Eropah dengan Enjin 1.6L Turbo dalam Pilihan AWD, 4WD!
Roda4

Jaecoo Masuk Eropah dengan Enjin 1.6L Turbo dalam Pilihan AWD, 4WD!

Abang HirataBy Abang Hirata04/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAECOO ialah jenama premium Chery seperti mana pengeluar Jepun mempunyai jenama mewah berasingan.

Tidak hanya menjual, model pertama ditawarkan, iaitu Jaecoo J7 sudahpun dipasang di Shah Alam, Selangor di kilang Chery Corporate Malaysia.

Fasiliti itu pula dikhususkan untuk Jaecoo (foto atas), manakala model Chery sendiri dipasang di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

Walaupun Jaecoo masih asing dalam kalangan pengguna tempatan, tetapi apa dilakukan Chery boleh dianggap tindakan berani sebagai tanda jenama itu mahu bertapak lama di Malaysia.

Turut dilaporkan, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi penukaran pemanduan kiri (LHD) ke kanan (RHD) bakal dibina di Shah Alam selain litar ujian.

Chery sememangnya sudah lama mensasarkan pasaran antarabangsa dan terbaharu Jaecoo akan membuat debut di Eropah pada acara Goodwood Festival of Speed bermula 11 Julai ini.

Jaecoo akan dipamerkan bersama Omoda (Chery) dengan pelumba Formula Satu (F1) era 60-an, dan juga pemenang 24 Hours Le Mans 1970, Richard Attwood akan memandu Jaecoo 7 di litar Goodwood.

Mungkin ada tertanya mengenai nama di sebalik Jaecoo. Nama itu adalah gabungan perkataan Jerman iaitu ‘Jäger’ yang bermaksud ‘pemburu’ dan Inggeris untuk ‘Cool’ yang melambangkan kesesuaian pada semua persekitaran.

Berbekalkan pengalaman lebih sedekad bekerjasama dengan pengeluar kenderaan off-road, Jaecoo diwujudkan dengan falsafah ‘From Classic, Beyond Classic’.

Seperti pasaran tempatan, pelanggan Eropah ditawarkan:

  • Enjin petrol 1.6L turbo dan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan daripada Getrag.
  • Pilihan pacuan dua roda (2WD) atau pacuan empat roda (4WD).
  • Model hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik (EV) bakal menyusul.

  • Mampu meredah kedalaman air setinggi 600mm.
  • Ada tujuh mod pandu, dan tiga mod dikhaskan untuk pemanduan 4WD, iaitu Sand, Mud, dan Snow serta tetapan Off-Road.

  • Sudut daki depan 21°, pelepasan belakang 29° dan pelepasan tengah 200mm.
  • Sistem Kuasa Brek Bersepadu (IPB) dibangunkan Bosch sebagai kunci diferensial untuk penguncian lebih baik dan pantas.
  • Sistem IPB boleh bertindak balas dalam masa kurang 0.1 saat, lebih pantas berbanding pesaing sekelas.
  • Menampilkan rekabentuk berkotak dan ringkas dengan bilah gril vertikal dan lebar yang menyerlahkan karakter pendiam.
  • Memiliki dimensi panjang 4,500mm, lebar 1,865mm, dan tinggi 1,680mm, manakala jarak roda 2,672mm.
  • Binaan 80 peratus badan menggunakan besi kekuatan tinggi.

Tempahan awal Jaecoo 7 sudahpun dibuka dan penghantaran pertama di Britain dijangka bermula penghujung 2024.

Bagi pasaran tempatan dan sebagai model premium, Jaecoo J7 dijangka dijual pada harga RM150,000 dan RM160,000. Versi Chery pula, iaitu Tiggo 7 Pro 2WD pula berharga RM123,800.

Jaecoo Jaecoo 7 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Roda4 SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Toyota Harrier HEV
HEV

UMWT Rasmi Lancar Toyota Harrier 2.5 HEV, Harga RM289k!

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.