Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jaecoo Malaysia Tayang SUV Premium Omoda C9, Harga Anggaran RM185k!
Auto Terkini

Jaecoo Malaysia Tayang SUV Premium Omoda C9, Harga Anggaran RM185k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/09/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAECOO Malaysia mengadakan satu sesi pratonton kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Omoda C9 (C9) yang akan dilancarkan ke pasaran tempatan menjelang Disember ini.

SUV segmen-D itu ialah produk pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Shah Alam, Selangor yang hadir dalam dua varian pada harga anggaran bawah RM200,000. Berikut perincian Jaecoo Omoda C9:

  • Ada dua varian sistem pacuan, dua roda (2WD) pada harga anggaran RM185,000, dan semua roda (AWD) pada harga anggaran RM195,000.
  • Pelancaran rasmi dijadualkan Disember 2024.
  • Pameran C9 akan bermula pada akhir Oktober ini.
Omoda C9
Omoda C9
  • Menggunakan trenkuasa petrol 4-silinder sebaris 2.0 TGDI dengan output kuasa 257hp dan tork 400Nm.
  • Varian 2WD dilengkapi tiga mod pandu, manakala varian AWD ada tujuh mod pandu, termasuk Off-Road, Snow, Mud dan Sand.
  • Sistem transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Kapasiti but 660 liter dan boleh ditambah kepada 1,783 liter.
  • Dimensi panjang 4,775mm, lebar 1,920mm, dan tinggi 1,671mm, manakala jarak roda 2,800mm dan jarak tinggi bumi 165mm.
  • Mampu meredah kedalaman air 450mm.
Omoda C9
Omoda C9
  • Rim aloi 20 inci dengan tayar Michelin 245/50.
  • Sistem suspensi adaptif dengan strut McPherson (depan) dan suspensi Multilink (belakang).
  • Gril ambilan udara matriks berlian dengan lampu siang (DRL).
  • Lampu utama adaptif pintar LED.
  • Cermin depan akustik membantu mengurangkan tahap kebisingan kabin.

  • Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dengan hanya memerlukan sentuhan kad NFC pada cermin sisi dan sistem kunci automatik.
  • Unit infotainmen definisi tinggi (HD) 24.6 inci.
  • Ada ruang pengecas mudah alih wayarles 50W.
Omoda C9
Omoda C9
  • Ada tombol gear sebelah kanan di sebalik stereng dan pedal syif.
  • Anjakan mod menggunakan tombol rotari pada bahagian tengah papan pemuka.
  • Stereng ada ciri pemanas.
Omoda C9
Omoda C9
  • Sistem penyaman udara tiga zon dilengkapi sistem haruman.
  • Konsol dan papan pemuka menggunakan balutan kulit lembut premium.
  • Papan pemuka pemandu dilengkapi Sistem Pemantau Pemandu (DMS) dengan ciri navigasi.
  • Ada perakam video digital (DVR) dipasang dengan monitor pandang keliling (AVM) 540ยบ.
  • Kerusi pemandu boleh laras elektrik 8-tetapan dengan 6-memori.
  • Kerusi belakang boleh dilaras elektrik.
Omoda C9
Omoda C9
  • Semua kerusi menggunakan material kulit dan dilengkapi ciri pemanas serta pengudaraan.
  • Varian AWD dilengkapi 14 pembesar suara bunyi keliling dan pembesar suara peribadi di kerusi pemandu.
  • Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.5, terdiri daripada:
    • Pengesanan Titik Buta (BSD)
    • Amaran Buka Pintu (DOW)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
    • Bantuan Pertukaran Lorong (LCA)
    • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELK)
    • Kawalan Peredam Berterusan (CDC)
    • 8 beg udara
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB)
    • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
    • Pembrekan Multi Rempuhan (MCB)
    • Bantuan Trafik Sesak (TJA)
    • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
    • Amaran Trafik Lintasan Belakang (RCTA)

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen berkata;

Sambil menantikan pelancaran rasmi pada bulan Disember, kami kini sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan OMODA C9 ke pasaran. Sesungguhnya kami memandang berat usaha memahami keperluan dan pilihan pasaran. Kami yakin C9 memenuhi kehendak pelanggan untuk meneroka cara baharu menikmati kemewahan yang mampu milik.”

Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek menambah;

Disokong oleh inovasi bebas, teknologi canggih dan komitmen kepada kualiti, JAECOO memberi tumpuan membawakan sebuah SUV premium kepada para pelanggan. Kami bermula dengan J7, dan sambutan daripada pasaran Malaysia sungguh luar biasa.

“Untuk terus menarik minat pasaran, JAECOO melancarkan C9, SUV coupe kegunaan lasak premium pertama di Asia Tenggara, dengan versi 2WD dan AWD. Kenderaan C9 ini membawakan segala ciri yang sememangnya ada dalam DNA JAECOO, sambil membayangkan semula sebuah kenderaan mewah mampu milik dengan keupayaan pemanduan bandar yang hebat.”

Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
Omoda C9
autoterkini Emily Lek JAECOO Malaysia Leo Chen OMODA C9 (C9) Roda4 SUV segmen-D
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.