Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Jaecoo J8 2025 Previu di Pusat Beli-Belah 1Utama, Harga Anggaran RM195k-RM220k
Auto Terkini

Jaecoo J8 2025 Previu di Pusat Beli-Belah 1Utama, Harga Anggaran RM195k-RM220k

Han OthmanBy Han Othman27/03/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JAECOO Malaysia hari ini melakukan previu kenderaan utiliti sukan (SUV), Jaecoo J8 2025 sebagai model keempat yang bakal menyertai portfolio jenama itu.

SUV segmen-D ini menggabungkan gaya, keselesaan premium dan prestasi tinggi secara sempurna serta menepati intipati ‘Jaecoo, ‘From Classic, Beyond Classic’.

Jaecoo J8 2025 ditawarkan dalam dua varian pada harga anggaran seperti berikut:

  • 2WD (5-kerusi) – Anggaran RM195,000
  • AWD (6 -kerusi) – Anggaran RM220,000

Spesifikasi  dan ciri Jaecoo J8 2025:

  • Dijana enjin 4-silinder sebaris 2.0L turbo suntikan terus (TDI) dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
  • Output kuasa 255hp (183kW) dan tork 385Nm
  • Paip ekzos kembar
  • Kapasiti tangki petrol 65 liter
  • Dimensi tinggi 1,710mm, lebar 1,930mm dan panjang 4,820mm, manakala jarak roda 2,820mm.
  • Mampu meredah kedalaman air setinggi 450mm.

  • Kapasiti but 738 liter.
  • Unit infotainment 12.3 inci
  • Sistem audio dengan 12 pembesar suara Sony
  • Lampu ambien
  • Kamera panoramik 540º
  • 6 beg udara
  • Ada pilihan warna satu tona: Carbon Crystal Black (hitam), Khaki White (putih) dan Olive Grey (kelabu).

Varian AWD pula mendapat tambahan ciri premium seperti:

  • Dilengkapi teknologi Kawalan Redaman Berterusan (Continuous Damping Control, CDC) yang disepadu pada sistem suspensi.
  • Kapasiti but 200 liter.
  • 14 pembesar suara Sony (termasuk pembaesar suara pada penyandar kepala).
  • 10 beg udara.
  • Pintu kuasa.
  • Warna  dwi-tona untuk pilihan warna sama seperti varian 2WD.
  • Ada ciri NFC untuk akses tanpa kunci.
  • Perakam video digital (DVR) terbina dalam.
  • Ciri parkir automatik.
  • Kerusi baris pertama dan kedua jenis boleh laras elektrik dengan fungsi urutan dan langsir.
  • Upholsteri kulit tulen dan kemasan panel sued.

Jaecoo turut melakukan pameran jelajah pertama untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi hibrid plug-in (PHEV) bertempat di 1Utama Shopping Centre, seiring kejayaan pelancaran SUV Jaecoo J7 PHEV pada Februari lalu.

Pek bateri PHEV turut dipamerkan dan diiringi pakar produk untuk memberikan orang ramai gambaran jelas mengenai Sistem Hibrid Super (Super Hybrid System, SHS) buatan Jaecoo.

Malaysia kali pertama melihat Jaecoo J8 di Malaysia Autoshow (MAS) 2024, tahun lalu. Orang ramai kini boleh melihat SUV segmen-D ini lebih dekat bermula 27 Mac (esok) – 31 Mac ini di 1Utama Shopping Centre (GF Luxe).

Pameran jelaja Jaecoo J8 kemudian akan menuju Queensbay Mall di Pulau Pinang (9 April – 13 April), sebelum disusuli Pameran Malaysia Autoshow (MAS) 2025 (8 Mei – 15 Mei).

Bbutiran lanjut Jaecoo Malaysia boleh layari jaecoo.com.my dan dapatkan maklumat terkini dengan mengikuti platform media sosial JAECOO Malaysia.

Auto Terkini Jaecoo J8 2025 JAECOO Malaysia Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Previu Roda4 SUV segmen-D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.