Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

SyafieBy Syafie05/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JAECOO J5 lancar di Malaysia

OMODA | JAECOO Malaysia secara rasmi melancarkan JAECOO J5 iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) \ segmen-B yang menyasarkan pengguna urban moden dengan gabungan rekabentuk premium, teknologi bantuan pemandu canggih dan tahap keselesaan tinggi.

Model yang digelar sebagai ‘Urban Explorer’ atau Pengembara Kota itu diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pemandu bandar yang mahukan sebuah SUV praktikal, bergaya dan dilengkapi teknologi terkini.

Enjin 1.5L Turbo, Kuasa 147ps

JAECOO J5 dikuasakan enjin 4-silinder 1.5L Turbo yang menghasilkan output kuasa 108kW (147ps) dan tork 210Nm.

Enjin itu dipadankan transmisi automatik CVT yang menyalurkan kuasa ke roda depan untuk memberikan pemanduan lancar dan responsif dalam penggunaan harian.

Antara teknologi enjin yang digunakan ialah:

  • Sistem Manifold Ekzos Bersepadu (Integrated Exhaust Manifold, IEM)
  • Sistem penyejukan generasi terkini
  • Ambilan udara bersepadu

JAECOO J5 juga mencatat penggunaan bahan api sekitar 6.4 liter per 100km mengikut Kitaran Pemanduan Malaysia (MDC), sekali gus melayakkan SUV itu menerima pensijilan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Dimensi Kompak, Struktur Badan Kukuh

Dari segi saiz, JAECOO J5 mempunyai dimensi panjang 4,380mm, lebar 1,860mm, dan tinggi 1,650mm, manakala jarak roda 2,620mm.

Walaupun bersaiz kompak, SUV itu dibina menggunakan keluli tegangan tinggi pada bahagian penting struktur badan untuk meningkatkan perlindungan impak.

Struktur casis menawarkan ketegaran kilasan 23,500Nm / darjah (degree), yang memberikan kestabilan dan pengendalian lebih baik.

Suspensi pula menggunakan strut MacPherson di depan, dan Multi-link (belakang), yang mana konfigurasi tersebut membantu meningkatkan kestabilan lateral dan keselesaan pemanduan dalam pelbagai kondisi jalan.

Kabin Premium, Mesra Haiwan Peliharaan

Masuk ke ruang kabin, JAECOO J5 menawarkan suasana dalaman yang tenang yang menumpukan kepada keselesaan dan teknologi.

Antara kelengkapan utama ialah:

  • Unit infotainmen skrin sentuh 2K 13.2 inci
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Kluster instrumen digital 8 inci
  • Sistem audio 8 pembesar suara
  • Pengecas wayarles 50W dengan pengudaraan aktif

Selain itu, ruang dalaman turut dilengkapi ciri pengurangan bunyi melalui penggunaan cermin depan lamina ganda bagi menghasilkan kabin lebih senyap.

Kerusi pula dibalut material kulit sintetik dengan fungsi ventilasi untuk kerusi depan, manakala kapasiti but 480 liter hingga 1,284 liter apabila kerusi belakang dilipat 60:40.

JAECOO J5 turut menawarkan material upholsteri mesra haiwan peliharaan yang diperakui Persatuan Pemeriksaaan Teknikal (TUV) di Jerman dengan fungsi antibakteria dan kalis calar.

SUV itu juga dilengkapi bumbung panoramik 1.45 meter persegi, antara terbesar dalam kelas.

Roda 18 Inci, Rekabentuk Bergaya

Dari luaran, JAECOO J5 menggunakan rim aloi dwi-tona 18 inci yang dipadankan tayar 235/55 R18, untuk penampilan moden dan stabil atas jalan.

19 Sistem ADAS Tahap 2+

JAECOO J5 turut dilengkapi 19 ciri Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2+ seperti berikut:

  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Elak Keluar Lorong (LDP)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Amaran Lalu Lintas Lintas Belakang (RCTA)
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Bantuan Trafik Sesak (TJA)

Semua sistem itu disokong kamera pandang keliling definisi tinggi (HD) 540º untuk membantu pemandu memarkir kenderaan atau bergerak pada halaju rendah.

Harga, Waranti

Di Malaysia, JAECOO J5 2WD ditawarkan pada harga bermula RM102,000 (atas jalan tanpa insurans).

Setiap pembelian disertakan waranti kenderaan tujuh [7] tahun atau 150,000km, (mana satu lebih dulu).

Pakej Pelancaran Istimewa

Sempena pelancaran rasmi, OMODA | JAECOO Malaysia menawarkan Pakej Pelancaran Istimewa dari 5 hingga 15 Mac 2026.

Pelanggan awal akan menerima:

  • Rebat Duit Raya RM3,000
  • Insurans tahun pertama percuma atau tambahan Duit Raya, yang masing-masing bernilai RM3,000
  • Pakej Trio Aksesori JAECOO J5 bernilai RM2,000

Pakej aksesori itu turu merangkumi:

  • Subwufer
  • Mikrofon karaoke wayarles
  • Lampu suluh pelbagai fungsi

Serahan Pertama kepada Pelanggan

Sempena pelancaran itu, OMODA | JAECOO Malaysia turut menyerahkan lima unit pertama JAECOO J5 kepada pelanggan awal sebagai sebahagian fasa awal penghantaran.

Model tersebut kini boleh dipandu uji di semua pengedar sah OMODA | JAECOO Malaysia seluruh negara.

Auto Terkini Jaecoo J5 Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Omoda | Jaecoo Malaysia Roda4 SUV segmen-B SUV subkompak
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.