• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Italjet Dragster (2020) Edisi Terhad Habis Ditempah Sebelum Pengeluaran

Italjet Dragster (2020) Edisi Terhad Habis Ditempah Sebelum Pengeluaran

June 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Februari lalu, kami ada menyiarkan berita mengenai  Italjet Dragster yang memulakan pengeluaran Mei lalu di Itali.

Model skuter itu pernah ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, dan siapa sangka skuter yang tampil dengan rekabentuk futuristik seperti pesawat angkasa lepas itu sudah habis ditempah sebelum sempat sampai ke pusat jualan.

BACA >>> Italjet Dragster Mulakan Pengeluaran di Itali Mei Nanti

Trevor Nation (JPS Norton) di Formula One TT 1990
Trevor Nation (JPS Norton) di Formula One TT 1990
Jentera JPS Lotus F1
Jentera JPS Lotus F1

Italjet Dragster menampilkan enjin 125cc dan 200cc yang terdapat dalam warna antrasit (hitam), merah dan putih; antrasit (hitam) dan kuning; atau hitam dan kelabu. Tidak ketinggalan warna edisi terhad hitam-emas (lihat foto utama) yang pasti menggamit memori kita kepada jentera lumba JPS Lotus F1, dan Trevor Nation bersama motosikal rotari Norton pada aksi F1 TT.

BACA >>> #EICMA2018: Italjet Dragster (2019) - Skuter Frem Trellis dengan Gaya Ilham Sportbike

Sayangnya, warna edisi khas itu sudahpun habis dijual. Itupun perlu menunggu hingga 2021 untuk menerima skuter tersebut berikutan wabak Covid-19 yang menyebabkan banyak acara dan pengeluaran ditangguhkan.

Model Edisi Terhad pertama itu, yang sudah habis dijual, bakal memulakan pemasangan pada September nanti sebelum disusuli varian standard.

Pengurus Pemasaran Italjet UK, Bobby Beck berkata:

Produk ini unik dengan barisan peminat mengagumkan. Saya dapat mesej daripada selebriti, pengarah filem dan juga pereka salah satu pengeluar supercar terbaik dunia.

"Sambutan luar biasa untuk produk baharu jarang sekali berlaku dalam industri motosikal. Sebilangan besar kenderaan mengambil masa bertahun-tahun untuk mencapai status ikonik, nampaknya Dragster bakal menghampiri status itu, malah belum tiba lagi di pasaran."

HARGA ITALJET DRAGSTER

Harga Italjet Dragster  ialah £4,999 (RM26,581) untuk versi 125cc dan £5,199 (RM27,645) bagi 200cc.

GALERI
italjet-dragster-emas-2
italjet-dragster-emas-8
italjet-dragster-emas-3
italjet-dragster-emas-4
italjet-dragster-emas-1
italjet-dragster-emas-5
italjet-dragster-emas-6
italjet-dragster-emas-7

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Bobby Beck, Italjet, Italjet Dragster, roda2, skuter, skuter 125, skuter maksi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my