Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isuzu D-Max Catat Rekod Malaysia, Capai Jarak Pandu 2,000km Setangki Penuh Diesel!
Auto Terkini

Isuzu D-Max Catat Rekod Malaysia, Capai Jarak Pandu 2,000km Setangki Penuh Diesel!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU D-Max dinobatkan sebagai trak pikap paling jauh boleh dipandu, sejauh 2,000km dengan setangki penuh bahan api dalam Malaysian Book of Record (MBOR), baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih dalam program Dura Miles Challenge anjuran Isuzu Malaysia, membabitkan tiga varian berbeza dengan perjalanan dari bandar Phitsanulok di Thailand ke Klang, Selangor.

Tiga trak pikap digunakan itu ialah model generasi ketiga dengan kapasiti tangki 76 liter:

  • Isuzu D-Max 1.9L 4×2 Auto Plus
  • Isuzu D-Max 1.9L 4×4 Auto Premium
  • Isuzu D-Max 3.0L 4×4 X-Terrain

Ujian itu disaksikan pegawai teknikal Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) yang membantu melekatkan pelekat keselamatan pada tangki minyak dan menjadi pemerhati supaya tiada isian semula dibuat sepanjang perjalanan. Semua trak pikap itu tiba di Pusat 3S Ultra Gallant Isuzu di Klang selepas perjalanan 2,000km.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe berkata, itu bukti kecemerlangan kejuruteraan Isuzu dalam membangunkan enjin diesel Blue Power .

Beliau berkata’

Kami tidak menjangka setiap pelanggan akan memandu kenderaan Isuzu mereka sejauh 2,000km bagi setiap isian bahan api. Ini jelas menunjukkan tahap kejuruteraan yang diberikan terhadap setiap kendearan Isuzu untuk membolehkan ia mencapai keupayaan dalam skala tersebut.”

Hadir sama di majlis itu ialah CEO Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Kenkichi Sogo, Ketua Setiausaha MAM, S N Nanthan, pemerhati Muhammad Siraj, dan wakil MBOR Edwin Yeoh dan Mohd Nazrul.

Sebelum ini, Isuzu D-Max pernah mencatat perjalanan dari Bangkok ke Singapura dengan menempuh jarak sejauh 1,809km berbekalkan setangki bahan api diesel.

Selain itu, ujian lain dibuat melibatkan pemanduan model 1.9L  Single Cab berserta muatan 1 tan dengan mencapai jarak pemanduan lebih 1,000km setangki penuh diesel.

Sogo berkata;

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, termasuklah harga diesel, mereka yang menggunakan Isuzu D-Max untuk urusan harian akan mendapat manfaat daripada ciri penjimatan bahan api ini.

“Kemampuan dan kepelbagaian penggunaan kenderaan ini yang turut disertai dengan kecekapan akan terus menjadi kriteria pilihan utama bagi mereka yang mahukan sebuah trak pikap, tanpa mengira tujuan dan keperluan apa sekalipun.

“Sama menakjubkan ialah trak pikap ini mampu melakukan semua dengan baik sama ada menakluki laluan hutan di Sabah ketika Borneo Safari, membawa keluarga dan orang tersayang tiba dengan selamat atau menghantar bekalan keperluan dengan pantas ke destinasi. Isuzu D-Max mempamerkan kemampuan untuk mengatasi segala dengan tenang dan yakin.”

Dura-Miles Challenge Isuzu D-Max Isuzu Malaysia Kenkichi Sogo Malaysian Book of Record (MBOR) Muhammad Siraj Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) S. N. Nanthan Shunsuke Okazoe
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    11/03/2026
    Roda4

    Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    11/03/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

    11/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.