Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Isuzu D-Max 2024 Facelift Kini di Malaysia, Harga Mula RM98k!
Roda4

Isuzu D-Max 2024 Facelift Kini di Malaysia, Harga Mula RM98k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/05/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ISUZU Malaysia mengumumkan tawaran trak pikap versi dipertingkat (facelift) Isuzu D-Max 2024 ke pasaran tempatan dengan rekabentuk dan kit badan dikemas kini pada harga bermula RM98,949.20.

Isuzu D-Max 2024 facelift ini ditawarkan dalam lima varian dan dua varian enjin. Semua varian didatangkan dalam sistem pacuan empat roda (4WD) sebagai standard kecuali varian Auto Plus dengan spesifikasi seperti di bawah:

TRENKUASA

Ada dua trenkuasa turbodiesel ditawarkan, iaitu 1.9L dan 3.0L seperti berikut:

  • Enjin diesel 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler  3.0L DOHC dengan output kuasa 190ps (187hp) @ 3,600rpm, dan tork 450Nm @ 1,600-2,600rpm.
  • Enjin diesel 4-silinder sebaris 16-injap VGS Turbo Intercooler 1.9L DOHC dengan output kuasa 150ps (147hp) @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm.
  • Transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 6-kelajuan dengan Sequential Shift.

VARIAN

Ada lima varian ditawarkan untuk Isuzu D-Max 2024 facelift dengan Single Cab cuma ditawarkan dalam transmisi manual, tetapi ada dua pilihan enjin 1.9L dan 3.0L.

Varian Standard pula ada pilihan transmisi manual dan automatik, tetapi cuma ada satu pilihan enjin, 1.9L.

Varian lain, Auto Plus, Premium dan X-Terrain cuma diberikan transmisi automatik, tetapi varian Premium ada pilihan enjin 3.0L, termasuk 1.9L, manakala X-Terrain cuma ditawarkan enjin 3.0L. Perincian kelima-lima varian seperti di bawah dengan harga seperti berikut:

Single Cab
  • 1.9L 4×4 MT: RM98,949.20
  • 3.0L 4×4 MT: RM105,888.40
Standard
  • 1.9L 4×4 MT: RM109,599.20
  • 1.9L 4×4 AT: RM116,999.20
Auto Plus
  • 1.9L 4×2 AT: RM109,499.20
Premium
  • 1.9L 4×4 AT: RM134,649.20
  • V-Cross 3.0L 4×4 AT: RM141,138.40
X-Terrain (seperti dalam foto)
  • V-Cross 3.0L 4×4 AT: RM157,938.40

Luaran

Edisi facelift daripada model generasi ketiga ini membawa perubahan bahagian depan untuk menambah baik kecekapan aerodinamik dan sistem penyejukan.

Bahagian gril masih mengekalkan profil bukaan besar dan imej bertaring dengan rekaan paten sarang lebah (honeycomb). Ini termasuk bampar depan baru dengan kemasan hitam pada perumah lampu kabus.

Dalaman

Ciri dalam berbeza mengikut varian seperti:

  • Kluster intrumen e-LUMAX dengan kawalan iluminasi (kemasan logam Gunmetal untuk Premium).
  • Paparan multi-info (MID) LCD TFT berwarha 4.2 inci (7 inci untuk Premium), stereng kulit (untuk Auto Plus ke atas)
  • Suis stereng untuk kawalan audio, MID, bebas tangan Bluetooth, pengecaman suara dan kawalan jelajah (Premium)
  • Mod Tukar Lorong (Lane Changing)
  • Lampu automalap (Premium dan XTerrain sahaja),  varian lain manual untuk tetapan siang dan malam.

Ciri

Antara ciri keselamatan aktif dan pasif diberikan ialah:

  • 7 beg udara SRS (X-Terrain sahaja), 6 beg udara (Premium), 2 beg udara (Auto Plus dan Standard)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Kawalan Turun Bukit (HDC)
  • Sistem Pintasan Brek (Brake Override System – BOS)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Peringatan Tali Keledar
  • Kamera Undur (kecuali Premium dan X-Terrain)
  • Sistem Keselamatan Kenderaan (VSS)
  • Monitor Pandang Keliling (AVM) (Premium dan X-Terrain sahaja).

X-Terrain yang Paling Premium!

Sebagari varian paling perdana dalam Isuzu D-Max 2024 facelift, berikut apa dimiliki X-Terrain yang tiada pada varian lain:

  • Lampu depan projektor Bi-LED berserta lampu susur Follow-Me-Home dan lampu siang (DRL) LED dengan ciri boleh laras automatik (levelling automatic).
  • Bampar depan warna badan dan kelabu gelap (dark grey) . Kemasan kelabu gelap juga digunakan pada beberapa bahagian luaran seperti cermin sisi, fender, pemijak sisi, rel bumbung, hendal pintu dan hendal but.
  • Ada kit bampar bawah di depan.
  • Cermin depan dan kaca pintu potongan infra-merah.
  • Dilengkapi Monitor Pandangan Keliling (AVM) yang menawarkan pandangan 360º.
  • Stereng kulit dwi-tona dengan sulaman coklat cerah, termasuk tombol gear kulit dengan kemasan krom satin dan sulaman coklat cerah.
  • Suis stereng untuk kawalan audio, bebas tangan Bluetooth, pengecaman suara, paparan multi-info (MID), pengehad halaju manual dan kawalan jelajah adaptif (ACC).
  • Ada penghidup enjin kawalan jauh
  • Uni infotainment skrin sentuh  10 inci dengan sambungan USB, dan Bluetooth, serta fungsi Apple CarPlay secara wayarles dan konektviti Android Auto.
  • Kemasan panel instrumen dan perehat lengan pintu Criollo Brown (coklat) dengan sulaman coklat cerah.
  • Ada perakam video digital (DVR) aka dashcam di depan dan belakang.
  • Plat sil pintu LED bercahaya.
  • Lampu ambien multiwarna di bawah papan pemuka, ruang kaki, dan trim pintu depan.
  • Dilengkapi Sistem Keselamatan Pemandu Termaju (ADAS) lengkap seperti:
    • Amaran Pelanggaran Depan (PCW)
    • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
    • Bantuan Pusing
    • Mitigasi Salah Tekan Pedal Automatik (AMPM)
    • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
    • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
    • Amaran Keluar Lorong (LDW)
    • Pemantau Titik Buta (BSM)
    • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
    • Mitigasi Rempuhan Multi-Brek (Multi-Brake Collision, MBC)
Auto Terkini Isuzu D-Max (2024) Isuzu D-Max X-Terrain Isuzu Malaysia Roda4
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda CR-V Generasi Ke-6 Kini di Jepun, Lambat Tetapi Lebih Canggih

27/02/2026
Chery taja kejuaraan Piala Lee Chong Wei (LCWC) 2026
Auto Terkini

Chery Taja Kejuaraan Piala Lee Chong Wei 2026, Pentas Cungkil Bakat Muda Badminton

26/02/2026
Auto Terkini

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Petros, Tuntutan RM7.95 Juta Petronas Sah

26/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Volvo EX30 Dapat Nafas Baharu, Enjin Elektrik 150 PS, Jarak Maksimum 476 km

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.