Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isu Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik 87,490 unit Kenderaan
Auto Terkini

Isu Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik 87,490 unit Kenderaan

SyafieBy Syafie10/06/20251 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda recall
HONDA Malaysia hari ini mengumumkan panggilan balik melibatkan 87,490 unit kenderaan Honda di seluruh negara bagi menggantikan pam bahan api sebagai langkah keselamatan dan pencegahan.

Dalam kenyataan rasmi, dua komponen utama dikenal pasti sebagai punca utama pam pendesar (impeller pump) bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.

Kenderaan Gagal Dihidupkan, Enjin Mati Tiba-Tiba

Komponen itu berisiko menyebabkan kenderaan gagal dihidupkan atau enjin mati tiba-tiba ketika memandu, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna.

Sebanyak 84,073 unit daripada model seperti Jazz, City, Civic, Accord, BR-V, HR-V, CR-V dan Odyssey yang dikeluarkan antara 2013 hingga 2020 terjejas disebabkan kemungkinan pam pendesak bahan api mengembang selepas terendam dalam bahan api untuk tempoh lama.

Pam Bahan Api Tekanan Tinggi Retak

Sementara itu, 3,417 unit model Civic dan CR-V keluaran 2023 dan 2024 pula dikenal pasti menghadapi isu keretakan pam bahan api tekanan tinggi yang boleh menyebabkan kebocoran atau bau bahan api ketika kenderaan bergerak atau melahu.

Bagaimanapun, Honda Malaysia menegaskan semua model semasa yang sedang dikeluarkan dan dijual di pasaran tidak terlibat dalam notis panggil balik tersebut. Syarikat turut menyatakan langkah itu diambil kerana keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.

Sebagai langkah proaktif, Honda Malaysia juga memaklumkan panggilan balik turut melibatkan kenderaan yang sudah tamat tempoh waranti.

Pemilik terlibat akan menerima surat pemberitahuan rasmi dan boleh menyemak status kenderaan masing-masing melalui aplikasi HondaTouch, dan laman web rasmi www.honda.com.my atau productrecall.honda.com.my.

Proses Penukaran Percuma

Logo Honda

Penggantian pam bahan api itu akan dilakukan percuma dan semua kos ditanggung sepenuhnya Honda Malaysia.

Proses penggantian akan dijalankan berperingkat bergantung ketersediaan alat ganti. Setakat ini, tiada lagi insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan disebabkan isu berkenaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau terus ke mana-mana pusat pengedar sah Honda untuk mendapatkan bantuan dan membuat janji temu penggantian bahagian terlibat.

Auto Terkini Honda Malaysia Honda Malaysia Panggil Balik Pam Bahan Api
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026

1 Comment

  1. Mohammad farhan on 12/06/2025 08:05

    Full checkking bahan api

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.