Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isu Enjin Terbakar: Hyundai, Kia Kena Siasat
Auto Terkini

Isu Enjin Terbakar: Hyundai, Kia Kena Siasat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENTADBIRAN Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) di Amerika Syarikat (AS) membuka siasatan lanjut berhubung kes enjin terbakar membabitkan dua jenama Korea Selatan.

Menurut laporan, sejumlah kenderaan Hyundai Motor Co dan Kia Motors Corp terpalit isu tersebut, termasuk model yang sudah berusia lebih enam tahun.

BACA >>> Enjin Terbakar Tiba-Tiba, 380,000 Kereta Kia Kena Panggil Balik
BACA >>> Pelik Tapi Benar, Hujan Lebat Tiba-Tiba Mencurah Turun Atas Innova Ini

Sebenarnya, NHTSA sudah mengetahui terdapat 161 kes enjin terbakar yang berpotensi dikaitkan dengan isu berkenaan. Malah agensi itu turut membuka siasatan ‘analisis kejuruteraan’ membabitkan hampir 3 juta kenderaan!

Analisis kejuruteraan adalah proses yang boleh membawa kepada notis panggil balik (recall). Bagaimanapun, kadangkala NHTSA menutup saja siasatan tanpa mengenakan sebarang syarat tindakan perlu diambil.

NHTSA juga pernah membuka siasatan pada 2019 ke atas model Kia dan Hyundai berhubung isu kebakaran-tanpa-rempuhan (non-crash fires) membabitkan model seperti:

  • Kia Optima, Sorento (2011-2014)
  • Kia Soul (2010-2015)
  • Hyundai Sonata dan Santa Fe (2011-2014)
Logo Hyundai

Awal tahun ini, Kia memanggil balik hampir 380,000 unit kenderaan disebabkan risiko enjin terbakar. Pengeluar itu juga meminta pemilik kenderaan supaya memarkir kenderaan jauh dari rumah, bangunan atau kenderaan lain. Kempen panggil balik membabitkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Sportage (2017-2021) dan sedan Cadenza (2017-2019).

Bagaimanapun, isu itu sebenarnya membabitkan dua jenama sebelum 2021. Contohnya, Kia memanggil balik 1.5 juta unit kenderaan pada 2017 yang melibatkan model 2011.

Kedua-dua pengeluar itu bersetuju membayar AS$210 juta (RM880 juta) tahun lalu sebagai penalti awam kerana gagal membuat panggilan balik dengan berkesan membabitkan isu enjin terbakar.

BACA >>> Kia Sportage (2021) Eropah Diperkenal, Lebih Kompak daripada Model Global, Harga Mula RM150k
BACA >>> SUV Mewah Hyundai Palisade (2022) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM328k!
BACA >>> Kajian: Toyota Paling Kerap ‘Recall’ di UK

 

SUMBER: Motor1

Hyundai Motor Co Kia Motors Corp Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.