Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Isteri Suspek Datang Minta Maaf di Lokasi Kemalangan, Mengaku Suami Panas Baran
Auto Terkini

Isteri Suspek Datang Minta Maaf di Lokasi Kemalangan, Mengaku Suami Panas Baran

Han OthmanBy Han Othman17/12/2023
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAPA kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati yang maut dilanggar dalam insiden di Meru, Ipoh, kelmarin, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, mengaku didatangi isteri kepada suspek pemandu yang melanggar anaknya, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di lokasi kejadian.

Menurut Muhd Zamrie, isterinya itu datang memohon maaf atas kemalangan menimpa Muhammad Zaharif sambil mengakui suaminya itu seorang yang panas baran.

Isteri dia datang jumpa saya dia kata, “Pak cik, saya minta maaf. Itu suami saya… Dia memang ada panas baran, dia tak boleh dengar ‘rem’ (memulas pendikit) motosikal,” katanya dipetik HarianMetro.

Muhd Zamrie berkata demikian di hadapan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri yang datang melakukan menziarahi kediamannya di Tamah Chepor Sentosa, di Ipoh, petang semalam.

Menurutnya, isteri suspek juga adalah tenaga pengajar di SMK Jati.

Anak saya bukan penjenayah, dia pelajar sekolah. Adakah atas alasan motosikal bising membolehkan dia dilanggar sampai mati, sedangkan masalah motosikal bising itu boleh diselesaikan secara melalui saman,” katanya.

Dalam pertemuan hampir setengah jam itu, Muhd Zamrie berulang kali menyatakan harapan keluarganya yang mahukan siasatan dijalankan secara terperinci.

Saya kehilangan anak sama ada menang atau kalah, anak saya tak kembali. Tapi saya tak mahu kejadian ini terjadi pada anak orang lain.

“Hendak kata anak saya ‘merempit’, masa kejadian itu ramai orang dan sesak di situ (aliran trafik tinggi) apatah lagi waktu itu mendekati waktu solat Jumaat dan masa itu juga ibu bapa mahu mengambil anak dari sekolah.

“Masa itu pun anak saya sudah berhentikan motosikal, mungkin dia hendak minta maaf waktu itu selepas tidak larat hendak pusing (memecut motosikal) lagi, namun engkau (pelaku) pergi melanggarnya juga kemudian gelar anak saya ‘budak rempit’.

“Kalau kata dia (pelaku) tak kena (hukuman setimpal), saya menyesal tak sudah jadi ayah. (sedangkan) saya nampak depan mata yang anak merintih sebegitu,” katanya.

SUMBER: HMetro

Auto Terkini Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri kemalangan maut Ketua Polis Perak Muhammad Zharif Affendi Muhd Zamrie Muhd Zamrie Zainal Abidin
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.