• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isi Minyak BHPetrol Minimum RM30 dan Menang Hadiah Tunai, iPhone 12!

Isi Minyak BHPetrol Minimum RM30 dan Menang Hadiah Tunai, iPhone 12!

March 10, 2021 By Abang GYL Leave a Comment

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) kembali lagi menganjurkan peraduan 'MUDAH MENANG' dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik bermula 1 Mac hingga 30 Mei 2021.

Anda cuma perlu isi minyak minimum RM30, atau beli mana-mana barang di kedai BHPetromart bernilai sama. Setiap pembelian mesti dileret dengan eCard berdaftar yang sah atau diimbas dengan aplikasi dalam talian eCard.

Setiap perbelanjaan RM30 layak mendapat satu penyertaan. Seramai 51 pemenang bakal menerima hadiah berupa:

  • 3x Hadiah Utama - Wang tunai RM33,333 dan 100,000 mata ganjaran ePoint untuk 3 pemenang.
  • 3x Hadiah Saguhati - Wang tunai RM3,333 dan 30,000 mata ganjaran ePoints.
  • 3x Hadiah Mingguan - 100,000 mata ganjaran ePoints.

Pelanggan yang menggunakan  aplikasi atas talian eCard sepanjang tempoh peraduan, dua pemenang hadiah utama layak menerima satu unit iPhone 12 64GB, atau satu unit iPad Gen 8 setiap seorang.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran BHPetrol Lawrence Chuah berkata, pihaknya sentiasa berusaha memberikan terbaik kepada pelanggan dengan menawarkan bahan api berkualiti.

Tambahnya lagi, menerusi penganjuran peraduan 'MUDAH MENANG' adalah sebahagian penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan selama ini.

“Kami harap lebih ramai pelanggan akan mengambil kesempatan menjadi ahli kesetiaan eCard untuk memperoleh pelbagai keistimewaan setiap kali mengisi minyak atau berbelanja di BHPetrol,” katanya.

Bagi mendaftar sebagai ahli kesetiaan BHPetrol eCard, pelanggan boleh memuat turun aplikasi eCard menerusi Apple Appstore atau Google Playstore.

BACA >>> Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
BACA >>> Perbandingan: Kos Servis Perodua Ativa vs Proton X50, Mana Lagi Murah?

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: isi minyak bhpetrol, Lawrence Chuah, minyak bhp, Mudah Menang, peraduan bhpetrol 2021, peraduan mudah menang bhpetrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
    #TahukahAnda: Apakah Punat 'Shift Lock'? Bilakah dan Bagaimanakah Menggunakannya?
  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my