Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Interviu CEO: Proton Bukan Syarikat China, Tapi Sudah Jadi Multinasional
Autotainment

Interviu CEO: Proton Bukan Syarikat China, Tapi Sudah Jadi Multinasional

Han OthmanBy Han Othman22/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS setahun duduk di kerusi paling panas di Proton sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), pasti ramai ternanti-nanti magis Dr Li Chunrong selaku CEO asing pertama dilantik pengeluar nasional itu. Tidak kurang yang tertanya-tanya, mampukah beliau melakar masa depan baharu buat jenama Malaysia ini? Ada yang optimis, dan ada pula yang sinis.

Kami dari PanduLaju diberikan peluang mewawancara orang kuat Proton itu, yang lebih mesra dipanggil Dr Li, secara bersua muka untuk membincangkan tentang model baharu X70, termasuk hala tuju, objektif dan apa saja yang berkaitan tentang Proton di bawah urus tadbir beliau.

Apakah perbezaan pasaran automotif antara China dan Malaysia?

Pasaran di China sangat besar dan sana ada banyak pilihan kereta. Pasaran Malaysia lebih kecil, tetapi pilihan kereta tidak juga kurang banyak, sesuai dengan pasaran negara ini. Perbezaan paling ketara, harga kereta di sini mahal-mahal. Di China ada banyak kereta murah. Tempoh masa pemilikan kereta di Malaysia juga lebih lama berbanding di China.

Pra tempahan Proton X70 dapat sambutan baik. Setakat mana tahap kesediaan model ini dihantar kepada pelanggan selepas pelancaran nanti memandang fasa awal ialah versi CBU (import)?

Serahan akan dibuat secara berperingkat. Setiap tempahan ialah mencukupi dan disesuaikan dengan permintaan supaya pelanggan tidak terlalu lama menunggu selain cuba mengimbangi bekalan. Keutamaan akan diberikan kepada pembeli pra tempahan.

Kenapa pra tempahan Proton X70 dibuka secara atas talian?

Tempahan kali pertama secara fizikal di bilik pameran dibuat September lalu sebelum kami buka tempahan secara atas talian pada Oktober, selepas sebulan. Tempahan secara talian sudah jadi perkara biasa di China, tetapi masih baharu di Malaysia. Cara ini ini sebenarnya secara tidak langsung bertujuan memberi gambaran awal kepada pelanggan tentang X70 sebagai model berteknologi tinggi.

Orang kata, Proton X70 cuma model rebadge daripada Geely Boyue. Cuma tukar lencana dan jual?

X70 bukan model rebadge biasa semata-mata. Proses menghasilkan kenderaan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) tidak mudah seperti dibayangkan orang luar. Ada 5 sistem utama dengan 20 komponen perlu diubah suai. Ramai jurutera dan pakar teknikal Proton terlibat dalam projek ini dan mereka sedang bertugas di kilang Geely di China.

Kami ambil masa buat semua ini selama satu setengah tahun sebelum X70 siap sedia untuk memasuki pasaran tempatan.

Apakah beza X70 versi CKD berbanding CBU yang akan diperkenalkan tahun depan?

Dalam perancangan. Masih terlalu awal untuk didedahkan. Fokus kami sekarang ialah tentang X70 versi CBU.

Mungkinkah X70 dengan 7 kerusi akan diperkenalkan, sama seperti Honda CR-V?

IKami belum buat perancangan. Tetapi ia boleh dipertimbangkan. Memang tidak mustahil diperkenalkan kalau ada cukup permintaan.

Apa pula selepas X70? Semua tahu Geely turut melancarkan model sedan seperti Bo Rui, dan SUV subkompak, Bin Yue? 

X70 belum pun lancar lagi. Baik kita fokus tentang SUV ini dulu sebelum kita bercakap tentang model-model lain. Tetapi apa yang boleh dikongsikan buat masa ini ialah Proton memang merancang melancarkan satu model baharu setiap tahun, tidak termasuk model facelift atau kemas kini.

Bagaimana perkembangan Proton Iriz facelift baharu? Adakah akan diperkenalkan dalam masa terdekat?

Fokus sekarang ialah kepada X70. Model seperti Iriz dan lain-lain akan kami maklumkan apabila tiba masa sesuai

Apakah tugas berat anda di Proton?

Saya lama terbabit dalam syarikat usaha sama (JV) automotif dengan operasi industri berbeza. Cabaran di Proton ialah memulihkan jumlah jualan yang merosot ketika saya dilantik menjadi CEO syarikat ini. Saya perlu susun semula hala tuju dan objektif Proton selain mengenal pasti asas permintaan yang berbeza.

Kenapa memilih segmen SUV sedangkan pembeli Malaysia sukakan sedan?

Geely-Proton ada pelan 10 tahun yang mahu dicapai dan SUV X70 termasuk dalam rancangan tersebut. Walaupun bukan segmen popular, saya rasa Proton perlu mengisi mana-mana segmen yang dirasakan memiliki potensi jualan, tetapi masih belum diisi. Cara ini akan membantu meningkatkan jumlah jualan Proton.

Bagaimanakah meningkatkan kepercayaan pembeli ke atas Proton?

Usaha Proton menaik taraf pusat servis kepada 3S dan 4S ialah usaha Proton untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan. Kualiti produk juga akan dititikberatkan. Sekarang sudah  ada pasukan audit dalaman Geely datang buat penilaian.

Kami gunakan sistem demerit penilaian dalaman yang sama digunakan Volvo. Daripada rekod 6,680 mata pada Oktober 2017, kini ia dikurangkan kepada 1,574 mata setakat Oktober 2018, selepas setahun (lebih tinggi mata, lebih teruk). Ini dicapai dalam tempoh setahun dan sudah tentu kita boleh berbangga dengan hasil ini.

Tidakkah kehadiran Projek Kereta Nasional Baharu (PKNB) sedikit sebanyak bakal menjejaskan Proton?

Tidak.

BACA >>> MIGHT Dapat Mandat Kerajaan, Projek Kereta Nasional Ketiga Sah Dilaksana

Bagaimanakah anda menangani persepsi orang ramai terhadap Proton yang mendakwa pengeluar ini sudah pun jadi pengeluar China, dan bukan lagi pengeluar Malaysia?

Tak betul. Proton sebenarnya bukan sudah jadi syarikat China, tetapi sudah jadi syarikat multinasional. Kenapa? Memang betul Geely ada saham dalam Proton. Tetapi dari segi operasi, ia bukan seperti disangkakan orang luar.

Contohnya, kilang Proton di Tanjung Malim, kami ada 3 jurutera Jepun sebagai ketua operasi di sana. Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Proton pula seorang warga Kanada. Bahagian rekabentuk terdiri daripada warga British dan Perancis yang terlibat menyumbang idea. Ini termasuk individu hebat lain dari India dan Jerman yang memiliki kepakaran tersendiri. Jurutera dan tenaga kerja tempatan pula tidak perlu dimaklumkan lagi, cukup ramai.

Kami juga menghantar jurutera, juruteknik dan pekerja teknikal ke China untuk bekerja bersama selain dan meningkatkan kemahiran individu masing-masing. Objektifnya cuma satu, kami mahu memulihkan Proton dan meletakkan semula jenama ini pada tempat sepatutnya.

Auto Terkini CEO Proton Dr. Li Chunrong Interviu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Proton X70 Temu Bual Wawancara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.