Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara
Auto Terkini

Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

AryonBy Aryon15/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA mengejutkan padok MotoGP apabila juara dunia lima kali, Jorge Lorenzo, 32, mengumumkan persaraannya daripada kancah sukan perlumbaan itu selepas berakhir aksi di Valencia hujung minggu ini.

Namun apa yang menjadi tanda tanya, kenapakah Lorenzo bersara? Apakah sebab kukuh yang membuatkan beliau mengambil keputusan nekad itu?

BACA >>> Jorge Lorenzo Bersara!

Berikut apa yang dijelaskan pelumba Sepanyol itu dalam sidang media tergempar tengah hari semalam;

Aku selalu fikir ada empat hari istimewa buat seseorang pelumba. Pertama, perlumbaan pertama, kedua kemenangan pertama dan kemudian kejuaraan pertama sebab tak semua orang boleh menang kejuaraan dunia, tapi beberapa orang dapat buat, dan kemudian hari kau bersara.

“Macam korang bayangkan, aku kat sini untuk umumkan yang hari ini sudah sampai masa untuk aku. Ini (GP Valencia) akan jadi perlumbaan terakhir aku dalam MotoGP dan selepas perlumbaan ini aku akan bersara sebagai pelumba profesional.”

Diapit Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta dalam bilik yang dipenuhi media dan rakan pelumba, Lorenzo mendakwa beberapa siri kecederaan dialaminya sejak September tahun lalu, terutama kecederaan tulang belakang di Assen, Belanda pada Jun tahun ini, adalah faktor utama yang memaksa beliau bersara.

BACA >>> Lorenzo Patah Pergelangan Tangan Ketika Berlatih, Bakal Jejas Aksi Awal MotoGP 2019

Memang malang, kecederaan memainkan peranan penting dalam keputusan dan prestasi aku (musim ini).

“Ini ditambah pula motor yang aku tak rasa natural, dan berikan aku banyak masalah untuk jadi kompetitif macam yang aku nak. Apapun, aku tak pernah hilang sabar dan terus berusaha dengan pasukan yang anggap aku mungkin perlukan masa.

“Bila aku mula nampak cahaya dalam terowong, berlaku pula kemalangan teruk masa ujian Montmelo (Sepanyol). Kemudian beberapa hari selepas itu, aku kemalangan di Assen dan korang pun tau apa yang dah jadi selepas itu.

“Ketika aku berguling-guling atas batu dan berdiri, aku cakap kat diri sendiri, “Ok Jorge, adakah semua ini betul-betul berbaloi? Selepas apa yang aku dah dapat, untuk terus sakit, dan memang sedang merasainya, aku tak nak berlumba lagi.”

“Tapi kemudian lepas balik rumah, aku putuskan untuk cuba lagi. Aku tak nak buat keputusan awal. Jadi aku teruskan. Tapi kebenaran di sebalik kemalangan itu adalah bukit dah jadi semakin tinggi dan terlalu besar, serta aku tak mampu nak cari motivasi, dan kesabaran untuk terus cuba nak daki gunung ni.

“Aku suka berlumba, aku suka bertanding, aku suka sukan ini tetapi dalam semua benda tu, aku suka nak menang. Jadi aku mula sedar ia tak mungkin berlaku lagi dalam masa terdekat ini dengan Honda.

“Pada tahap karier macam ni, mustahil untuk aku kekalkan motivasi dan impian yang aku letakkan pada awal musim ini. Ia tak lagi realistik.”

Lorenzo kemudian berhenti beberapa kali untuk mengawal emosi sebelum menyambung semula kata-katanya dengan memohon maaf kepada Pengurus Pasukan Repsol Honda, Alberto Puig kerana mengecewakan pasukan itu.

BACA >>> Repsol Honda Siar Foto Rasmi Marquez, Lorenzo Bersama RC213V

Aku nak cakap yang aku minta maaf banyak kat Honda, terutama Alberto yang berikan aku peluang. Aku ingat sangat masa ujian Montmelo, satu daripada pertemuan pertama aku dengan dia ketika bersembang pada keputusan aku masuk Honda. Aku bagitau dia, “Alberto, jangan buat silap, sign salah rider! Lu percaya je kat gua dan lu takkan kecewa!”

“Sedihnya, aku kena cakap, aku dah kecewakan dia. Aku kecewakan Honda. Takeo (Yokoyama), (Tetsuhiro) Kuwata dan Nomura-san (Presiden HRC). Aku fikir ini keputusan terbaik untuk aku dan pasukan sebab Honda dan Jorge Lorenzo tak boleh bersaing untuk setakat kumpul beberapa mata atau jadi lima terbaik atau naik podium.

“Bercakap pasal kegembiraan. Kalau imbas balik kejayaan karier aku dulu, aku selalu cakap yang aku ni lelaki yang beruntung. Kadang-kadang aku rasa macam dalam filem ‘One in a Billion’ yang cerita pasal kehidupan seorang pemain bola keranjang India dalam NBA.

“Ini kerana aku berlumba dengan beberapa pelumba hebat dalam generasi aku dan beberapa orang dapat capai apa yang aku capai, tetapi diorang tak cukup berjaya macam yang aku dapat. Dan ramai kalangan mereka tak pernah dapat kejuaraan dunia dan perlu balik buat kerja biasa. Jadi aku selalu rasa sangat bersyukur.”

SUMBER: Crash.net

Alberto Puig Auto Terkini Carmelo Ezpeleta Jorge Lorenzo Jorge Lorenzo Bersara Kejuaraan Dunia MotoGP MotoGP Repsol Honda Sebab Lorenzo Bersara sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.