Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Sebab Kenapa dan Bagaimana Proton Boleh Kurangkan Cukai SST 10% kepada 0%?
Auto Terkini

Inilah Sebab Kenapa dan Bagaimana Proton Boleh Kurangkan Cukai SST 10% kepada 0%?

Han OthmanBy Han Othman05/09/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


CUKAI Jualan dan Perkhidmatan (SST) kini menjadi topik utama perbincangan di kalangan pengguna sejak akhir-akhir ini. Sejak Kerajaan baharu mengumumkan menghapuskan Cukai Barangan dan Jualan (GST), kita semua hari ini berada dalam ekosistem cukai baharu, sama seperti pelaksanaan SST lama dulu.

Bagi jenama automotif, kita tahu kadar SST dikenakan ialah 10 peratus, lebih tinggi berbanding caj GST yang cuma 6 peratus. Namun, pelbagai insentif yang diberikan Kerajaan kepada syarikat yang mengeluarkan kenderaan di Malaysia, harga jualan bagi kebanyakan kereta dapat diturunkan.

BACA >>> Berita Baik! Proton Bakal Serap Kos SST Sepanjang September 2018

Proton misalnya, memutuskan mengekalkan harga sama seperti sepanjang tempoh tanpa GST dengan menyerap kos SST untuk semua kereta keluaran pengeluar nasional itu. Sesetengah mengkritik taktik Proton ini dan ada menganggap ia sebagai trik serta tidak mampu bertahan lama, tetapi sebenarnya ada alasan jelas kenapa kempen seperti ini dibuat.

PERTUMBUHAN JUALAN LUAR BIASA

Pertama, bermula Jun hingga Ogos 2018, Proton mencatatkan pertumbuhan jualan 3 bulan berturut-turut dengan pertambahan pendaftaran baharu setiap bulan tertinggi setakat tahun ini. Daripada 6,173 unit (Jun), jualan terus meningkat kepada 8,012 unit (Julai) yang bukan hanya angka tertinggi 2018, tetapi juga jualan bulanan terbaik Proton sejak 30 bulan lalu.

BACA >>> Jualan Proton Sepanjang Ogos 2018 Naik – Saga & Persona Terus Jadi Hero!

Rekod itu bagaimanapun dipecahkan dengan angka jualan 9,501 unit (Ogos), sekali gus menaikkan pencapaian jualan terbaik sejak 35 bulan lalu.

PELANGGAN KEMBALI YAKINI PROTON

Selain dibantu tempoh ‘cuti GST’, angka jualan tinggi juga secara tidak langsung menunjukkan pembeli mula terbuka hati dengan jenama Proton. Semestinya kredit patut diberikan kepada usaha menambah baik kualiti servis selepas jualan, pelaburan dalam pembangunan premis 3S dan 4S baharu dan audit bulanan yang menyaksikan peningkatan kualiti produk. Ya, semua faktor disebut ini menyumbang kepada reputasi jenama Proton.

Mengenai keputusan menyerap kos SST daripada 10 peratus kepada sifar peratus untuk semua model, ia diakui Proton sebagai usaha melanjutkan fiil positif pembeli mengenai jenama nasional ini. Ini termasuk memberikan lebih masa kepada pembeli untuk membuat keputusan membeli kereta idaman yang terbaik tanpa perlu tergesa-gesa.

BACA >>> Pertandingan Rekabentuk Proton-DRB-HICOM Cabar Kreativiti Pelajar IPT

Jadi secara asasnya, keputusan mengekal harga sama seperti tempoh sifar GST ialah bertujuan menggembirakan pembeli. Bagi Proton, pelanggan yang gembira biasanya akan kekal dengan satu-satu jenama dan tidak kisah kembali semula ke pusat jualan dan servis sama ada untuk membeli kereta baharu atau melakukan penyenggaraan berkala.

PULANGKAN NILAI KEPADA PELANGGAN


Selepas mengambil kira apa yang dibayar pelanggan, memang ada baik Proton memulangkan semula pelaburan itu dengan memberikan nilai tambah kepada kereta yang dibeli. Ini secara langsung dapat menarik lebih ramai potensi pelanggan kepada Proton.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Abdul Rashid Musa berkata, angka jualan tinggi yang dicapai sepanjang tiga bulan lalu menunjukkan pertambahan keyakinan pembeli ke atas Proton kerana pakej menarik ditawarkan.

“Jadi sepanjang pelan pemulihan berjalan, Proton perlu memastikan pelanggan kekal setia dan berpuas hati dengan memberikan kualiti perkhidmatan terbaik.

BACA >>> Inilah Reaksi Tun M Apabila Ditunjukkan Demo Arahan Suara Bakal SUV Proton

“Dengan menetapkan kadar SST kepada sifar peratus untuk semua model, kami beri peluang kepada pembeli untuk menikmati harga bebas cukai yang sama seperti apa dinikmati sebelum ini. Ia beri banyak manfaat dan membantu Proton mengekalkan momentum jualan yang sedang dibina,” kata Abdul Rashid.

Alasan lain kenapa Proton boleh mengurangkan kadar SST 10 peratus kepada sifar peratus adalah apabila banyak kereta dijual, maka kos jualan, pemasaran dan pembinaan unit dapat dilkembangkan hingga menurunkan kos purata.

Justeru dengan menawarkan penjimatan kepada pelanggan, Proton dapat melabur semula kepada masa depan jenama itu dan kemudian memberikan manfaat kepada pelanggan juga. Hasilnya, situasi menang-menang dan semua orang boleh bergembira.

Abdul Rashid Musa Auto Terkini Cukai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) GST Kempen Proton Sifar SST Proton PROTON Holdings Berhad Sifar SST SST
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.