Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Rupa Bot dengan Rekaan Papan Pemuka Peugeot i-Cockpit®
Auto Terkini

Inilah Rupa Bot dengan Rekaan Papan Pemuka Peugeot i-Cockpit®

Abang HirataBy Abang Hirata03/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SESETENGAH pengeluar automotif nampaknya berkongsi minat yang sama, iaitu terlibat dalam kenderaan atas air. Aston Martin misalnya, mahu mengeluarkan kapal selam mini, manakala Yamaha dan Honda sudah memiliki enjin bot sejak sekian lama. Naib Presiden Kanan Nissan Design Group dan Infiniti, Alfonso Albaisa pula pernah merekabentuk kapal pesiar.

Ini pula projek Peugeot dengan pakar bot terkenal, Beneteau yang didedahkan sempena Pameran Bot Paris Nautic (NPBS) 2017. Apa yang istimewa mengenai projek itu adalah bagaimana konsep ergonomik papan pemuka kenderaan utiliti sukan (SUV), Peugeot i-Cockpit® digabungkan dengan teknologi sambungan Ship Control® dari Beneteau, juga syarikat pelayaran dan bot di Perancis.

GAYA BAHARU BOT MASA HADAPAN

Projek kolaboratif Peugeot-Beneteau memberikan gambaran gaya baharu dalam merekabentuk bahagian stereng bot dan memperlihatkan masa depan bot berkuasa. Senang kata, interior kereta + bot. Makmal Rekabentuk Peugeot juga berminat meneroka sempadan baharu, selain boleh juga dilihat sebagai jalinan kerjasama sesama rakan senegara (Perancis) menerusi projek dinamakan, Sea Drive Concept.

Rekabentuk tersendiri yang ditampilkan Peugeot i-Cockpit® ialah aset berharga bagi Peugeot. Malah, konsep rekaan tersebut boleh dikatakan menjadi antara ciri tarikan utama pengeluar automotif dari Perancis itu. Buka saja pintu kereta Peugeot, maka terserlahlah papan pemuka dengan rekaan kokpit ala pesawat yang cukup menarik.

Jadi, apabila sudah diolah untuk projek Sea Drive Concept, maka terserlahlah gabungan unik identiti Peugeot, walaupun cuma untuk rekabentuk bot.

CIRI DALAMAN SEA DRIVE CONCEPT

  • Stereng saiz kompak untuk pemanduan lebih mudah dan lincah.
  • Skrin sentuh 17-inci dengan antaramuka Ship Control® untuk akses fungsi elektronik bot.
  • Paparan dongak (head up display) yang separas mata pemandu, sama seperti model Peugeot, tetapi dalam bentuk panel boleh lipat. Ciri ini berfungsi memaparkan maklumat navigasi.
  • Suis kawalan pada sisi stereng untuk akses langsung kepada fungsi utama pada setiap masa.
  • Unsur rekabentuk Peugeot dapat dilihat pada kualiti dan pemilihan material seperti varian GT, iaitu kulit Nappa, jahitan atas tembaga (copper top-stitching) dan selingan krom dan satin.

Beneteau turut membangunkan sistem inovatif dalam dunia bot menerusi program penyelidikan dikenali sebagai Sistem Pemantauan Termaju (AMS) yang berfungsi mengumpul maklumat berguna untuk urusan pengendalian, keselesaan dan keselamatan atas bot. Hasilnya, teknologi Ship Control®.

Sistem komputer dengan antaramuka Ship Control® memberikan sokongan dan bantuan untuk navigasi dan keselesaan pelayaran. Beberapa tablet boleh dihubungkan kepada antaramuka bot, manakala setiap kru dapat mengakses semua fungsi yang ada.

Ship Control® juga membolehkan kawalan berpusat dilakukan seperti pencahayaan atas kapal, kawalan penyaman udara, navigasi, pemeriksaan tahap bateri dan bahan api, pengurusan pam elektrik dan bilge (sisa air), HiFi dan kelajuan enjin serta putaran enjin.

GALERI

autotainment autoterkini BENETEAU bot i-Cockpit Peugeot Peugeot i-Cockpit® Roda4 Sea Drive Concept Ship Control®
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.