Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah Ranking 10 Jenama Motosikal Paling Laris 2021
Auto Terkini

Inilah Ranking 10 Jenama Motosikal Paling Laris 2021

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA motosikal yang merekodkan jualan terbaik dunia sepanjang tahun lalu ialah Honda walaupun kadar peratusan penguasaan pasaran susut.

Dua jenama kenderaan elektrik (EV) China menunjukkan kemajuan luar biasa apabila merapatkan jurang pencabar Jepun, iaitu Yadea di tempat kedua, manakala Niu pula muncul jenama paling pantas berkembang dunia dengan pertumbuhan 72 peratus, di tempat ke-10.

BACA >>> Motosikal Honda Paling Laris Dunia Sepanjang 2021

Statistik ranking itu membabitkan kenderaan dua dan tiga roda dalam segmen skuter, moped, underbone dan motosikal, tidak termasuk tuk-tuk, beca, skuter kaki dan ATV/RUV.

Berikut ranking jenama berdasarkan rekod jualan 11 bulan pertama 2021:

1. HONDA

  • Mendominasi satu pertiga jualan dunia, iaitu 13.8 juta unit motosikal dan skuter atau 29.9 peratus pegangan pasaran dunia, meningkat 14.7 peratus berbanding 2020.
  • Pencapaian itu sebenarnya merosot berbanding 2019 (33.7 peratus) dan 2016 (35.5 peratus)
  • Dua sebab utama jualan Honda jatuh adalah kebangkitan banyak pengeluar motosikal India antara 2015 hingga 2019. Faktor kedua, pertambahan pengeluar skuter elektrik dari China.

2. YADEA

  • Syarikat China ini mencatatkan jualan 5.8 juta unit skuter elektrik (e-skuter) hingga November 2021 disebabkan permintaan tinggi EV dan tawaran insentif Kerajaan China.
  • Jumlah jualan meningkat 17.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, tidak termasuk e-basikal.

3. HERO

  • Ranking ketiga dunia milik Hero Motor dari India dengan jumlah jualan 4.5 juta unit.
  • Pencapaian itu sebenarnya susut 9.6 peratus berbanding 2020, berpunca daripada situasi pasaran mencabar negara pengeluar.

4. YAMAHA

  • Jenama kebanggaan ramai peminat di Malaysia ini nampaknya mampu berpaut di ranking keempat dengan jualan cuma 3.5 juta unit skuter dan motosikal.
  • Bagaimanapun, 11 bulan pertama 2021 mencatat peningkatan 15.7 peratus berbanding 2020.

5. BAJAJ AUTO

  • Bajaj Auto berjaya menyerahkan 2.3 juta motosikal kepada pelanggan menunjukkan peningkatan jualan 5.4 peratus berbading tempoh sebelumnya.

6. TVS MOTOR

  • Pencabar Bajaj Auto ini pula mencatatkan jualan 2.25 juta unit motosikal, naik 6.4 peratus berbanding 2020.

7. HAOJUE

  • Haojue dari China pula merekodkan jualan 1.2 juta unit kenderaan, naik 25.5 peratus.
  • Data itu tidak termasuk ribuan motosikal Suzuki dipasangkan di kilang China untuk eksport Eropah.

8. SUZUKI

  • Jenama Jepun ketiga, Suzuki menduduki ranking kelapan dengan jumlah jualan 1.2 juta unit, naik 25.9 peratus.

9. ITALIKA

  • Pengeluar motosikal terbesar Mexico ini mencipta kejutan apabila menempatkan diri dalam tempat kesembilan dunia menerusi jualan 0.9 juta unit, naik 24 peratus.

10. NIU TECH

  • Jenama pakar EV kedua China ini mencatat jualan 0.9 juta unit skuter dan menjadi jenama paling pantas berkembang tahun lalu dalam ranking 25 jenama utama pengeluar kenderaan global (roda dua dan tiga).

BACA >>> Hero Kekal Jenama Motosikal Paling Laris India Bulan Lalu, Yamaha Tiada dalam Ranking
BACA >>> Toyota Laris Sepanjang 2021! Vios, Hilux Kekal Model Paling Popular
BACA >>> ‘Fadil’ Paling Laris di Vietnam Sepanjang September 2021
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Maksud di Sebalik Singkatan Jenama Motosikal Popular Dunia

SUMBER: MotorcyclesData

Bajaj Auto Haojue Honda Italika Niu Tech Ranking Jualan Motosikal Paling Banyak roda2 Suzuki Yadea Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M2 Coupé RR Edition, BMW M 1000 RR dan S 1000 RR M2 Edition Untuk Afrika Selatan

    05/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, Rim 24 Inci, Lengkap Pintu Suicide!

    04/05/2026
    Auto Terkini

    ‘Orang Kayangan’ Belanja Hingga RM400,000 Setiap Kali Ke Langkawi Demi Kereta Mewah

    04/05/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Kos Subsidi Bahan Api Meningkat RM5 Bilion Sebulan

    04/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie02/05/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.