Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Inilah 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perodua Aruz – Harga Bermula RM72k!
Auto Terkini

Inilah 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perodua Aruz – Harga Bermula RM72k!

Han OthmanBy Han Othman03/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN utiliti sukan (SUV) baharu, Perodua Aruz kini secara rasmi dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga atas jalan antara RM72,200 dan RM77,200 (tidak termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, dengan pelbagai aspek dipertingkat, Aruz ialah antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia.

“Perodua Aruz dijangka melengkapkan barisan produk sedia ada kami dan berdasarkan pakej produk ditawarkan, kami mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit sepanjang tahun ini,” katanya.

Berikut 7 perkara yang perlu anda tahu mengenai Perodua Aruz:

1. HARGA

2. WARANTI 5 TAHUN

Perodua Aruz juga dipakejkan dengan waranti lima tahun atau 150,000km (mana satu tiba dahulu).

3. ADA 2 VARIAN, 5 PILIHAN WARNA MENARIK

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian: 1.5 X dan 1.5 Advance, dengan lima pilihan warna:

  • Ivory White – Putih
  • Glittering Silver – Perak
  • Electric Blue – Biru
  • Granite Grey – Kelabu
  • Amazon Green – Hijau (warna baharu)

4. ENJIN 1.5L VVT-i

Trenkuasa cekap untuk Perodua Aruz ini dibina di Sendayan, Negeri Sembilan. Perodua Aruz dipadankan enjin 4-silinder bersesaran 1.5L dengan blok aluminium Dual VVT-i bersama kotak gear automatik kawalan elektronik (E-AT). Menariknya, Aruz turut menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) menerusi Sistem Lahu Eko (Eco Idle) yang membolehkan SUV ini mencatatkan penggunaan bahan api pada kadar 15.6km per liter.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

5. LUARAN MENARIK

Perodua Aruz, yang bakal menggantikan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza, sebenarnya ialah model rebadge daripada Toyota Rush. Bagaimanapun, model SUV ketiga Perodua selepas Kembara dan Nautica itu bakal diberikan sentuhan kosmetik supaya sesuai dengan identiti pengeluar nasional kedua itu.

Ia hadir dengan lampu depan LED bersama fungsi Follow-Me-Home (lampu auto untuk varian Advance). Aruz juga digayakan rim aloi dwi-tona 17-inci, dengan jarak kelegaan tanah 220mm.

6. DALAMAN LUAS & EKSKLUSIF

SUV 7-kerusi itu hadir dengan konfigurasi tempat duduk fleksibel di mana tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan susunan berbeza mengikut keperluan pengguna. Apa yang istimewa, tempat duduk belakang boleh dilipat rata sepenuhnya.

Semua varian dilengkapi unit stereo skrin sesentuh dengan paparan kamera undur, penyaman udara digital dengan dua tetapan memori, ventilator penyaman udara penumpang belakang dan alat pembaca kad tol terbina dalam.

Selain itu, ruang dalaman untuk varian Advance lebih eksklusif dengan kemasan kerusi kulit, stereng kulit bersama kawalan terima panggilan, dan perakam video memandu bersepadu. Varian teratas juga dilengkapi ciri sambungan HDMI, Smart Link, Bluetooth dan navigasi yang ditambah ke dalam sistem skrin sesentuh.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70

7. TERIMA 5-BINTANG ASEAN NCAP

Berita baik buat peminat SUV. Perodua Aruz juga menerima rating keselamatan 5-bintang Asean NCAP menerusi ciri keselamatan seperti:

  • 6 beg udara – ciri standard untuk semua varian
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Bantuan Mula-Daki (HSA)
  • ISOFIX

Varian Advance pula dibekalkan Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) versi 2.0. Antara ciri baharu ASA 2.0 ialah pengesan pejalan kaki hingga 50kmj dan kelajuan operasi yang ditingkatkan hingga 100kmj untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80kmj untuk sistem Brek Pra-Pelanggaran.

Sistem keselamatan ini turut menggabungkan Amaran Gerak Kenderaan Depan (Front Departure Alert) dan Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal Misoperation Control). Bagaimanapun harus diingatkan, ASA ialah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan gantian kepada pemanduan selamat. Jadi, sentiasa waspada dan berhati-hati ketika memandu.

Tunggu apa lagi, buat tempahan di mana-mana bilik pameran Perodua sekarang!!!

* Gambar penuh Aruz dalam artikel ini ialah ilustrasi grafik mengikut gambaran pereka Ajerul, bukan imej rasmi Perodua. Harap maklum.

GALERI
Harga SUV Perodua
SUV Perodua
harga perodua aruz perodua aruz Perodua Aruz 2019 Perodua Aruz price Perodua Aruz top speed suv perodua aruz tempahan Perodua Aruz
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.