• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Inilah 4 Jenama Kereta Paling Banyak Komplen di Amerika

Inilah 4 Jenama Kereta Paling Banyak Komplen di Amerika

October 12, 2020 By AI Leave a Comment

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP negara ada banyak jenama kenderaan dengan pelbagai jenis segmen ditawarkan, terdiri daripada sedan, crossover, kenderaan utili sukan (SUV), trak pikap, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan hatchback. Kemudian, setiap kenderaan itu pula ada klasifikasi tertentu seperti mini, subkompak kompak, saiz pertengahan dan saiz penuh.

Namun, tidak semua produk automotif itu sempurna dan bernasib baik selepas keluar dari kilang. Jika itu berlaku, tentu pengguna akan buat aduan.

Misalnya, di Amerika Syarikat (AS), salah satu saluran aduan pengguna mengenai masalah kereta ialah laman web CarComplaints.com. Berdasarkan data dikongsikan, berikut senarai jenama kenderaan paling banyak menerima komplen dari pengguna negara itu.

1. HONDA

Honda Civic (2006)
honda-logo-australia

Honda ialah pengeluar Jepun yang menguasai sebahagian besar pasaran kenderaan AS. Jenama ini salah satu pendahulu industri membabitkan aspek kualiti dan prestasi. Jadi, ia juga jenama yang sangat popular di negara itu.

Menurut firma data pelanggan dan pasaran Statista, Honda ialah jenama keempat paling banyak dijual di AS. Susulan populariti itu, Honda juga mengumpul banyak komplen di pangkalan data CarComplaints.com dengan keseluruhan 27,941 aduan. Ini bermakna Honda di tempat ketiga dalam senarai jenama automotif paling banyak menerima aduan.

Honda Accord (2008) ialah model paling banyak komplen. Model 'terburuk' lain ialah Accord (2003), Civic (2001), Accord (2004), Accord (2002 ), dan Civic (2006).

Kesimpulannya, Civic dan Accord ialah model paling banyak mendapat komplen. Namun, itu bukan bermakna dua model itu paling teruk. Sebenarnya, kedua-duanya model yang bagus, tetapi kerana popular, banyak aduan diterima.

2. CHEVROLET

Chevrolet Silverado (2007)
chevrolet-logo

Statista melaporkan Chevrolet ialah jenama ketiga paling laris di AS. Dengan populariti itu, ada ruang kesilapan yang secara keseluruhan membabitkan 31,133 aduan.

Chevrolet menawarkan banyak produk dari kereta, trak hingga SUV. Disebabkan berlaku beberapa masalah pada model popular, Chevrolet berada di kedudukan kedua paling banyak komplen. Chevy terburuk didedahkan CarComplaints.com ialah Impala (2005), disusuli Cruze (2011), Equinox (2011), Silverado (2007), Trailblazer (2005), dan Equinox (2010).

Sebahagian besar model kereta, trak, dan SUV Chevy terkenal menyumbang kepada salah satu jenama automotif paling banyak aduan.

3. FORD

FPRB_FeelDiff_4C_VtHt_R02
Ford Escape (2013)

Ford, menurut data Statista, ialah jenama kereta paling banyak dijual di AS. Jadi bukanlah mengejutkan jika jenama itu paling banyak komplen. Secara keseluruhan, ada 45,540 aduan dilaporkan di CarComplaints.com mengenai Ford.

Kereta, trak dan SUV Ford ialah jenis model yang memberikan populariti tinggi kepada jenama itu, dan pada masa sama bertanggungjawab menerajui komplen pengguna. Namun, komplen yang banyak bukanlah bermakna jenama itu menghasilkan kenderaan yang teruk. Ia boleh saja disebabkan populariti dimiliki.

Model Ford paling teruk menurut CarComplaints.com ialah Explorer (2002). Turut sama menyertai kumpulan 'teruk' itu ialah Explorer (2004), Focus (2014), Escape (2013), dan Focus (2012).

Masalah model-model ini ialah faktor yang menyebabkan Ford berada dalam senarai jenama automotif paling banyak komplen di AS.

4. TOYOTA

Toyota
Toyota_Logo_Newes

Menurut Statista, Toyota ialah jenama automotif yan mencatatkan jualan kedua tertinggi di AS selepas Ford. Bagaimanapun, populariti itu tidak meletakkan Toyota dalam senarai jenama kereta paling anyak komplen, iaitu cuma 14,442 aduan sahaja. Dibandingkan jenama popular lain dalam ranking CarComplaints.com, jumlah Toyota jauh lebih rendah.

BACA >>> CEO Perodua: SUV Baharu Sah Guna Enjin 1.0L Turbo!
BACA >>> Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?

SUMBER: MotorBiscuit

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: auto terkini, autotainment, CarComplaints.com, Jenama Kereta Paling Banyak Aduan di AS, Jenama Kereta Paling Banyak Komplen, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019
    Nissan Kicks (2019), Model Termurah Menang Anugerah Interior Terbaik WardsAuto 2019

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my