PENGELUAR motosikal premium, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan tiga jentera baharunya, BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Racer.
Kehadiran ketiga-tiga jentera BMW R nineT itu mengembalikan nostalgia lalu dengan penampilan lebih unik dan klasik.
HARGA
- BMW R nineT - RM101,900
- BMW R nineT Pure - RM82,900
- BWM R nineT Racer - RM88,900
* Atas jalan termasuk GST tanpa insurans
APA BEZA
BMW R nineT Pure ialah model roadster yang asas. Manakala BMW R nineT Racer pula adalah motosikal sport separa fairing dengan kehadiraan rekaan klasik dan old-school.
Kedua-dua model berkenaan cukup popular sekitar 1960-an yang sememangnya menjadi nostalgia buat peminat motosikal berkenaan sehingga hari ini.
ENJIN
Kesemua model BMW R nineT itu menampilkan enjin bocer dengan sistem penyejukan cecair berkapisiti 1,170cc. Dengan bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 110hp dan tork 116Nm.
PEMBIAYAAN KHAS
Khas bagi anda yang teringin memiliki ketiga-tida model ini, BMW Mottorrad Malaysia turut menyediakan program pembiayaan khas daripada BMW Credit Malaysia.
Bayaran bulanan bagi BMW r nineT ialah serendah RM1,490 dan RM1,190 bagi BMW R nineT Pure. Manakala BMW R nineT Racer pula pada harga bulanan serendah RM1,290.
Apa tunggu lagi, kunjungi bilik pameran BMW Mottorad segera. Jika berkenan, pastikan buat tempahan segera. Barulah bergaya bawa motor klasik.
GALERI
BMW R nineT
BMW R nineT PURE
BMW R nineT RACER
Leave a Reply