Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik
Autotainment

Inilah 10 Sebab Kenapa Mat Motor Malaysia Pakai Jaket Terbalik

Han OthmanBy Han Othman10/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


PAKAI jaket terbalik memang sudah jadi perkara biasa dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia. Ia seakan sudah menjadi satu keunikan budaya atau trend yang tidak anda temui di negara lain. Tidak diketahui siapakah yang mencetuskan trend memakai jaket terbalik, tetapi dipercayai dimulakan pekerja-pekerja penghantaran (juga dipanggil mat despatch atau peon).

Ini kerana jaket memainkan peranan penting sebagai pakaian utama dalam melicinkan tugasan penghantaran mereka. Jaket boleh berfungsi sebagai baju sejuk pada awal pagi, baju hujan jika gerimis atau hujan mengejut dan pelindung tangan daripada panahan terik matahari. Mungkin disebabkan semua situasi itulah yang menyebabkan tercetusnya trend memakai jaket terbalik di Malaysia. Mat despatch atau peon perlu berjaket dengan pantas dan efisien!

Kini, ia boleh dikatakan sudah menjadi trend bagi semua penunggang motosikal negara ini. Selain mereka yang memang bekerja sebagai despatch atau peon, apa pula alasan penunggang kita memakai jaket terbalik?

1. MASA ITU EMAS


Ya, masa begitu penting bagi penunggang Malaysia sehinggakan memakai jaket dengan betul pun boleh diambil kira sebagai membuang masa. Banyak kerja penting lain yang perlu disegerakan daripada hanya mahu memikirkan tentang jaket terbalik atau tidak. Kata Joker, why so serious?

2. PENUNGGANG MINIT AKHIR

Kalau kita lihat cara pemain bola sepak kita bermain, aksi tergolek dan terbaring ialah insiden biasa atas padang. Semua tahu ia sengaja dilakukan untuk melengah-lengahkan masa. Masalahnya sekarang, tabiat sama turut membelenggu penunggang motosikal kita.

Mereka suka melengahkan masa atau buat kerja minit akhir. Bila sudah terdesak, mulalah kucar-kacir mahu melangsaikan kerja. Apa lagi, terus capai jaket, pakai saja terbalik dan hidupkan enjin motor. Tidak perlu fikir panjang, terus jalan!

3. POTONG ANGIN UNTUK AERODINAMIK

Sebenarnya, jenis jaket paling sesuai ‘memotong angin’ adalah windbreaker yang memang direka khas untuk dipakai ketika cuaca sejuk dan berangin. Tetapi penunggang kita memang kreatif, bagi mereka bahagian belakang jaket biasa juga boleh berfungsi sama sebagai pengadang angin.

Sesetengah jaket ada lapisan lebih tebal di bahagian belakang, termasuk kolar yang juga tebal. Semua ciri tersebut semestinya mampu memberikan ekstra perlindungan jika dipakai terbalik. Secara logiknya, jaket terbalik yang tidak dizipkan lebih berkesan menepis angin ke arah tepi penunggang. Kreatif bukan?

4. SUSAH SAMA SUSAH

Bagi penunggang yang kerap berdua ke mana-mana, satu jaket yang dipakai mampu memberikan perlindungan kepada dua orang di atas motor. Pembonceng yang memeluk pinggang penunggang juga mendapat perlindungan sama daripada jaket penunggang yang berfungsi sebagai pengadang angin dan pemanas. Seperkara lagi, menggunakan satu jaket juga dapat menjimatkan ruang simpanan.

5. HUJAN LEBIH BANYAK DARI DEPAN

Situasi hujan tiba-tiba turun ialah fenomena biasa bagi penunggang Malaysia. Bagi penunggang berpengalaman, melihat awan di langit pun mereka sudah boleh mengagak sama ada perjalanan di hadapan akan dilanda hujan lebat yang lama, sekejap atau sekadar gerimis.

Inilah sebab kenapa jaket dipakai terbalik. Bagi situasi hujan sekejap atau gerimis, bahagian hadapan penunggang lebih kerap basah berbanding belakang. Ia adalah tentang hukum fizik melainkan seseorang itu menunggang secara mengundur. Secara normal, berasaskan pergerakan penunggang, arah angin dan hujan akan lebih bertumpu ke arah hadapan.

Bagaimana pula kalau hujan lebat? Kalau lebat, penunggang biasanya akan berhenti di bawah jambatan atau mana-mana lokasi berteduh. Sekarang, tibalah masa memakai baju hujan pula.

BACA >>> 10 Silap Besar Penunggang Motosikal yang Kerap Dilakukan

6. ANTI-PELUH SEMULA JADI

Fakta yang tidak boleh disangkal, Malaysia ialah negara tropika yang mengalami panas dan hujan sepanjang tahun. Jadi, penunggang memakai jaket bukanlah sekadar mahu mengelak kesejukan atau tempias hujan semata-mata. Dalam banyak situasi, mereka cuba mengelak kepanasan.

Jaket yang dipakai secara betul ketika cuaca normal walaupun bukan musim kemarau berisiko menyebabkan badan rasa berbahang dan berpeluh. Lagipun, bukankah belakang badan kita lebih kerap berpeluh berbanding hadapan. Sekarang, pakai saja jaket terbalik dan angin luar akan memberikan pengudaraan semula jadi ke atas tubuh anda. Memang penyelesaian bijak!

7. KECANTIKANKU BEGITU BERHARGA

Sama seperti permasalahan di atas, selain berfungsi sebagai agen anti-peluh, jaket terbalik juga boleh bertindak sebagai pelindung UV. Kulit yang kerap terdedah (terutama lengan) kepada sinar matahari dalam jangka masa lama akan menukarkan kulit menjadi gelap atau berbelang. Rasa leceh dan tidak maskulin pula mahu menyapu losyen setiap kali mahu menunggang.

Sesetengah penunggang memang ada membeli pelindung lengan khas. Tetapi kenapa perlu bersusah payah kerana anda sudah pun ada jaket. Cukup saja pakai terbalik setakat paras lengan.

8. WEAR N’ GO

Ada penunggang yang sentiasa berjaket sepanjang masa. Namun, ramai juga penunggang biasanya tidak berjaket sejak awal menunggang. Mereka biasanya meletakkan jaket dalam bakul depan sebagai persediaan. Maklumlah cuaca boleh jadi tidak menentu bila-bila masa.

Jadi, apabila cuaca berubah, misalnya hujan di pertengahan jalan, penunggang Malaysia dengan penuh kemahiran individu (PERINGATAN: aksi ini berbahaya, cuba elakkan) akan terus saja menyarung jaket mereka secara terbalik tanpa perlu menghentikan motosikal.

Apa tidaknya, kalau mahu pakai jaket dengan betul, mereka perlu cari tempat berteduh atau kawasan selamat (kebetulan pula sedang dalam situasi poin nombor 1 dan 2). Apa lagi, terus saja sarung jaket sambil menunggang. Fleksibel dan efisien!

BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Tiba-Tiba ‘Breakdown’, Ikuti 10 Tip Ini untuk Kekal Selamat

9. BUKAN SUPERMAN

Dalam banyak sebab, inilah antara alasan paling kukuh dan teknikal tentang kenapa penunggang Malaysia pakai jaket terbalik. Menyarung jaket tanpa dizipkan akan menyebabkan jaket tersebut mengerbang ke belakang, tidak ubah seperti aksi Superman terbang menyelamatkan mangsa.

Itu belum lagi bercerita hal kancing zip melibas muka akibat ditiup angin. Maklumlah, zip rosak. Aduh, memang sakit macam terkena batu! Apa lagi cara paling selamat, jimat dan berkesan kalau bukan sarung saja jaket secara terbalik.

10. IKUT TREND, TAK NAK JADI SKEMA

Kalau sudah ramai yang pakai begitu, takkanlah kita seorang saja pakai jaket cara betul. Kata orang, tak kapcailah pakai jaket zip depan. Lainlah bawa motor besar dan pakai jaket kulit. Setakat jaket kain nipis, beli di Uptown dan tidak kisah sangat kalau dicampak-campak, apalah sangat pakai jaket terbalik.

Apa yang penting, mesti ikut trend! Hmmm…

BACA >>> 11 Aksesori Wajib Ada Dalam Kereta Anda, Berserta Infografik

autotainment jaket terbalik Kapcai mat motor mat motor jaket terbalik pakai jaket terbalik roda2 stail Malaysia wear jacket backward
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

16/01/2026
Yamaha XSR900 GP ABS 2026 | US Intercolor Yellow
Roda2

Yamaha XSR900 GP ABS 2026 dengan Warna Kuning Ikonik

18/01/2026
Thunder LS250-S
Roda2

Bobber Kustom dari Kilang, Thunder LS250-S Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM23,788

16/01/2026
View 46 Comments

46 Comments

  1. ahmad on 27/02/2017 01:20

    tapi kene ingat .pakai jaket secara tetbalik jugak boleh mendatangkan bahaya pada penungang . kerana apabila zip tidak di zipkan kemungkinan besar boleh terlekat pada mane2 bahagian kereta atau lori .nak2 lagi klau jln jem utk mencelah2 tepi kereta .lagi bahaya .

    Reply
    • Ajib on 27/02/2017 10:48

      X pernah dengar pulak….hahaha…imeginasi tinggi…lainlah kalau kau bersandar kat lori tu…

      Reply
      • Aha on 28/02/2017 21:48

        Isteri rakan saya meninggal bila hujung jaketnya tersangkut pada bahagian tepi lori.

        Reply
      • ik on 23/08/2017 17:13

        ada saya dengar cerita…jatuh motor sebab jaket motor sebelah makan handle motor dia… apa lagi terbalik ler…..

        Reply
    • Albab on 27/02/2017 11:05

      Takpe.. jaket yg dipakai camni ada perlindungan tambahan, jika berlaku kejadian tersangkut, jaket ini dilengkapi dengan sistem pemusnah sendiri iaitu bahagian itu akan terkoyak dengan sendirinya.. Jaket tebal2 yg susah koyak diorang tak pakai terbalik, rimas sangat..

      Reply
      • Isa on 11/03/2017 13:24

        Sistem pemusnah sendiri.. Mcm hampeh, hahahaa..

        Reply
    • Rider tua on 28/02/2017 09:06

      Penah jd kat lorong moto federal hiway..besepah member pasal handle tersangkut kat jaket moto sebelah yg tengah melibas..

      Reply
    • Anas on 28/02/2017 12:48

      Hang bohong ngat aih.. aku dok pakai xdak pa pon.. klu pkai jeket zip 3 4 lapis nak mati.. mati jugak

      Reply
  2. ameeerul on 27/02/2017 11:51

    lagi satu tambah,pakai sebab zip jaket rosak,nak beli baru kena keluar duit,so pakai terbalik dapat menjimatkan duit gaji 😀

    Reply
  3. Abu hurairah on 27/02/2017 12:59

    Mak cik2 pon pakai jaket terbalik apa nak heran…tapi klau pak cik2 ni tak pakai jaket diorang awesome skit…yg selalu berjaket anak2 muda dan makcik2

    Reply
  4. ahmad on 27/02/2017 14:07

    lagi baik klu ada hood jacket leh buat jugak sebagai penutup mulut

    Reply
  5. Amira on 27/02/2017 17:20

    Bab UV tu memang bahaya. Jadi kalau waktu panas pun better pakai jacket

    Selain tu kena standby juga in case eksiden. Supaya kurang luka calar2 ni

    Reply
  6. Aqram Shah on 27/02/2017 17:32

    sapa kata penunggang malaysia bukan superman ???

    Reply
  7. hamka halmin on 27/02/2017 18:45

    dulu kerja pion tak tahan sgt bau asap lori ataupun kenderaan yg pakai diesel. nak pakai mask rase macam leceh sebab nanti hilang, nak cari lagi. so the best solution is pakai jaket yg ade hood then pakai terbalik. boleh tutup hidung n muka. lagi satu kalau some area banyak lori besar bawak batu. so kalau tutup muka siap2 boleh lah avoid dari batu kena muka. pernah sekali batu melantun kena dagu. sebulan teringat2. haha

    Reply
  8. alldisc on 27/02/2017 22:01

    Sy dah 18 thn pakai Jaket terbalik. Puncanya satu je.. Zip putus. Kalau time high speed jgn citer la punya sakit zip tu Melibas. Hahaha..

    Pada saya yg bahaya Jaket terbalik ni satu je. Bila seorg tu eksiden dan pengsan… Org mngkn sangkakan kepala dia terpusing. Sbb Janet di depan, helmet ke belakang. Mungkin mereka akan pusingkan kepala kita. Nah amek kau.
    Terus patah leher. Kahkahkah

    Reply
    • Arip on 12/03/2017 23:47

      Hahahaha

      Reply
    • Hairul on 24/07/2019 20:23

      Wakkakakakkaka berdekah terus aku.. Betul gk.. Ni la yg paling bahaya aku rse.. Lain xde kot..

      Reply
  9. pogi on 28/02/2017 06:20

    Tujuan ak pakai jaket terbalik:
    1. Nak elakkan kesan sun burn sebab cuaca panas
    2. Nak elakkan baju kemeja berkedut disebabkan terkena angin sekiranya tidak menggunakan jaket
    3. Jaket terbalik lebih sejuk sebab angin dapat masuk
    4 nk halang dari baju basah terkena embun waktu pagi
    5 nk cover baju kemeja bertie.
    6 lebih simple berbanding jaket penuh

    Jadi penyelesaiannya, sarung je jaket scara terbalik, cepat dan memenuhi ciri2 di atas

    Reply
  10. man tompok on 28/02/2017 08:57

    haha..aku suka artikel ni

    Reply
  11. Mar Haxsta on 28/02/2017 10:56

    cover perot boroi

    Reply
    • Nik on 31/03/2017 13:43

      Yang ni aku setuju aangat. Kahkahkah

      Reply
  12. KapcaiPakHang on 28/02/2017 16:24

    sebab rakyat malaysia banyak yang bongok. tak dikatakan ikut trend pon tak mengapalah kalau perbuatan serupa lahanat ini dikatakan ‘trend’.

    Reply
  13. Mantrolak on 28/02/2017 16:27

    Sebelum kwin sampai kawin pakai jacket terbalik…
    Dulu ada la sekali bini ckap kenapa suka pakai jecket terbalik?kata bini bwak perempuan mna.?
    Ckap dekat bini tren mat moto mmg pakai tebalik sebab senang nak sauk kalau masuk pejabat ambil surat….
    Sampai sekarang bila pakai terbalik bini xcakap apa dah…

    Reply
  14. Ikky on 01/03/2017 10:08

    Jaket terbalik ni juga boleh melibas2 penumpang belakang.hahaha pedih rasanyaa

    Reply
  15. fazrin on 01/03/2017 10:20

    bagi akulah. atas pengalaman aku sebagai mat despatch.. pakai jaket terbalik ni menyenangkan keje. senang nak tanggal senang nak sarung.. sbb kebanyakan opis susah nak buka pintu kalau pakai jaket ni. risau ada apa2.. lepas tu contoh kalau hujan.. ikut belakang kereta atau lori.. percikkan air dari tayar xterkena kat baju…

    Reply
  16. unknown on 01/03/2017 10:41

    Ni bukan trend lah admin. Ni perangai pemalas. Sekian.

    Reply
  17. unknown on 01/03/2017 10:47

    Aku pelik betol kadang2 dengan rakyat malaysia ni. Bawak moto laju2 macam dalam litar. Dorang nak apa sebenarnya?

    Reply
    • Unknown on 01/03/2017 15:46

      Out of context

      Reply
  18. joe on 01/03/2017 18:19

    Ini lah cara pakai jaket paling style didunia ,bak di japan dan europe pn xbrani try style mcmni..malaysia sbnarnya sdh maju ke hadapan…..mgkin satu hr nnt kita akan lihat negara lain akn mncontohi malaysia….bkn setakat jaket tbalik saja,bungkus air ikat tepi pn xd dlm negara lain kcuali malaysia…

    Reply
  19. kambingfc on 01/03/2017 20:12

    Dari zaman 80an abg aku da pakai dah.. Aku pon terikot jugak.. Cuaca kita panas terik, hujan.. Sesuai sangat guna style gini. Lagi satu kalo time becinta ngan awek dulu jln2 naik moto seluk tak ingattt

    Reply
  20. Nizran on 01/03/2017 20:12

    X semua betul…
    Masa sy travel bawak motor dulu, kami mana mampu beli jaket mahal. Jaket murah, lama-lama zip tercabut… Kena la pakai mcmtu..
    Kalau kami pakai beg, masa hujan x hujan pun, kalau sandang bahu lenguh… Letak belah depan, tatang atas / dalam bakul.. Kalau hujan, lebih baik beg x basah…

    Reply
  21. Aku Mat Motor bukan Mat Rempit on 02/03/2017 02:57

    -Membaca Amalan Yang Mulia-

    Bukan sebab malas, bukan sebab trend, bukan sebab zip rosak.
    Cara pemakaian jaket terbalik dah wujud berzaman dah bukan kata hanya di Malaysia, kat US ataupon Paris pon orang dh buat. Cuma orang yang bekerja atas motor jer tau kemudahan dalam melakukan kerja harian. Dari segi keselamatan tkde kene mengena.
    Cubelah ubah cara pemikiran tu jangan terceruk jer kt tanah melayu.

    Reply
    • AO on 03/03/2017 20:26

      Amboi. Tau la dah pergi Amerika dan Perancis

      Reply
  22. Latiff on 02/03/2017 06:17

    Aku plak pakai tbalik sebab mak aku gunting area zip tu dr atas smpi bwh sbb masa adik aku pakai time tu la dia rosak xblh unzip..siot btul

    Reply
  23. Abam Romzi on 02/03/2017 07:48

    Abaikan kpd mrk yg x pernh pki jaket terbalik tu.. Haha

    Reply
  24. Atan on 02/03/2017 17:41

    Aku pakai terbalik sbb malas nak zip

    Reply
  25. Lan network on 05/03/2017 13:02

    Dulu jekat pakai betul, skrg jaket perlu terbalik…..cara ni boleh jimat ekonomi diri n bajet pon kurang…..

    Reply
  26. hatibudak on 05/03/2017 16:35

    orang tak pernah ride celah2 kereta lori bas jgn byk cakap, kang aku lempang bersepah air liur. faktor utama pasal panas, faktor kedua pasal mudah nak ekjas, faktor lain2 tu ngarut. yg tak takde moto jgn bising.
    jgn igt aku moto aje takde keta, 2 biji, satu volvo v50 dgn myvi. moto mudah dan cepat. kereta leceh di KL, tak praktikal. kawan opis aku jarak rumah dgn aku sama, tp tiba rumah 2jam lewat dari aku yg naik moto. pergi balik 4jam, aku taknak buang hidup aku 4jam semata-mata nak aircond kereta tp stuck dlm jam berjam2, belum lagi hujan tu… rider kalau hujan duk bwh bumbung je, ada raincoat, redah, kalau takde, redah gak, dpt cuci muke yg berminyak ni dari debu2 jalanan. jimat jauh dari kereta. dan bawakla moto dgn berhati2, jgn rush, sebab punca kemalangan paling utama adalah sebab nak rush, penyudahnya, tak sempat break, sapu belakang kereta or lori, assalam..

    Reply
    • joehaz on 09/03/2017 11:49

      setuju dgn faktor utama pasal panas.. kalau ada yg x percaya boleh cuba sendiri.. waktu tghari pakai kedua2 cara, tgk mana yg lagi panas.

      saya pakai terbalik, tapi tetap zip 1/3 jaket. x biarkan terjuntai

      Reply
  27. Shukri Abdhamid on 01/04/2017 12:10

    pemakaian jacket ni bg aku lebih kpd faktor keselamatan..aku akan pakai setiap kali aku menunggang sbb pengalaman mengajar aku.dua kali xcdent terseret badan dgn tangan atas tar…jacket koyak dkt bahagian lengan dgn dada..tp badan tak brp nak calar sangat…sekurang2nya kalau pun tak mampu halang 100% kmungkinan utk cedera kulit bila kemalangan..cukupla sekadar kesan kecederaan dpt diminimumkan…nk lg safety digalakkan pkai glove..sbb kalau kulit tapak tangan makan tar lg pedih rasanya..haha

    Reply
  28. sihat walafiat on 16/04/2017 07:16

    maap bro gua mecelah ckit,kalu ari panas gua x pakai terbalik sebab,gua nak byk angin tiup dada gua…tq bai…

    Reply
  29. mgen on 23/04/2017 12:50

    Punca utama pakai jaket terbalik:
    1) malas nak zip…zip pun leceh kena cari lubang dulu dah la nak cepat
    2) jarak perjalan tidak jauh…ala dekat jer sat lagi nak bukak balik
    3) jaket bundel…senang sidai je kat moto takde sapa nak rembat… kalau jaket kulit tak pakai gini bang hehe
    4) jaket dah lusuh…jaket baru lubang zip tak banyak ragam

    Reply
  30. muaz baharudin on 25/06/2018 09:58

    pakailah ikut secara standard. Zip di depan. keselamatan diutamakan.
    kurang risiko kemalangan. di mana kemungkinan besar kain jaket itu akan tersangkut pada cermin sisi kereta sebelah.
    nak cepat-cepat nak pergi mana?
    ke nak cepat masuk kubur?
    lagipun hensem apa pakai elok-elok.

    Reply
  31. Amoody on 10/10/2018 23:19

    Amalkan setiap kali pakai jaket kita berdoa..moga diberi keselamatan oleh Allah ketika ride…

    Reply
  32. Lai on 26/10/2018 21:52

    sepatutnya tajuk artikel yang tepat ialah; 10 Alasan bodoh mat motor malas nak pakai jaket elok-elok

    1. MASA ITU EMAS – Oh nak kata nyawa kau tak ada nilai la?
    .
    2. PENUNGGANG MINIT AKHIR – Pakai jaket elok2 tak sampai seminit pun bro.

    3. POTONG ANGIN UNTUK AERODINAMIK – Teori bodoh. kau pakai elok2 lagi kurang rintangan angin.

    4. SUSAH SAMA SUSAH – Dah la bodoh, kedekut pulak tu.

    5. HUJAN LEBIH BANYAK DARI DEPAN – Pakai elok2 benda ni tak jadi isu pun. siap depan belakang dapat cover.

    6. ANTI-PELUH SEMULA JADI – Kalau panas boleh je bukak zip tu sikit.

    7. KECANTIKANKU BEGITU BERHARGA – Again, pakai elok2 benda ni tak jadi isu pun.

    8. WEAR N’ GO – Cara2 menempah maut. Dah tahu merbahaya pakai jaket ketika menunggang celah mana fleksible dan efisien nya?

    9. BUKAN SUPERMAN – Again, pakai elok2 benda ni tak jadi masalah pun. apa yang susah sangat tah nak pakai elok2.

    10. IKUT TREND, TAK NAK JADI SKEMA – Alasan paling bodoh! memang sekarang trend orang jadi bodoh ke cane?

    Reply
  33. Jai Kuwat on 24/11/2022 17:00

    Sekarang dah ada jaket terbalik yang lebih selamat. Bukan saja selamat, siapa pakai akan jadi lebih hensem bergaya. Memperkenalkan jaket terbalik Kuwat. Jaket ini memang direka nampak macam pakai terbalik tapi betullah dipakai dari depan. Ok mari tengok di website kami https://kuwat.my

    Dengan jaket ini penunggang motor akan pakai jaket terbalik seperti biasa tetapi dengan ciri-ciri yang lebih selamat daripada yang biasa dilakukan sekarang dan juga lebih selesa dipakai. Jaket rekaan kami ini tidak akan tersangkut dengan kenderaan lain atau terbelit dengan roda motor sendiri. Strap pelekat di tengkuk membuatkan jaket tidak akan jatuh, manakala padding di bahu memperkemaskan lagi pemakaian jaket. Material kain jaket ini juga dipilih daripada jenis kain yang kalis air dan tahan lasak.
    Jom tengok di website kami https://kuwat.my

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.