Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Inikah Salah Satu 4 Model Kawasaki Baharu yang Bakal Didedahkan di EICMA 2018?
Roda2

Inikah Salah Satu 4 Model Kawasaki Baharu yang Bakal Didedahkan di EICMA 2018?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EKSPO Motosikal Antarabangsa Amerika Syarikat (AIMExpo) 2018 baru saja melabuhkan tirai awal Oktober lalu, manakala Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2018 bakal menyusul 6 November nanti. Bagi merancakkan penyertaan yang berbaki beberapa minggu lagi, Kawasaki Motor Corp memuat naik foto acah di laman web rasmi pengeluar itu.

Menerusi foto acah tersebut, 6 model sudah pun didedahkan Kawasaki pada AIMexpo 2018 lalu, terdiri daripada:

  • Ninja ZX-10R
  • Ninja ZX-10RR
  • Ninja ZX-6R
  • Ninja H2
  • Ninja H2 R
  • Ninja H2 Carbon


Di belakang model di atas, kelihatan 4 lagi model bakal dilancarkan pada EICMA 2018 yang masih berselubung. Apakah model Kawasaki yang dirahsiakan itu? Bukan mudah mahu meneka, tetapi ada kebarangkalian model itu ditayangkan kali pertama kepada umum.

BACA >>> Debut Kawasaki Ninja ZX-6R (2019) dengan Gaya Baharu yang Lebih Praktikal, Moden

Ada model Eropah belum beralih kepada model 2019, Versys 1000 dan Ninja H2 SX mungkin mengalami perubahan buat kali pertama. Berikut beberapa model Kawasaki yang diramalkan diperkenalkan sempena EICMA 2018 dan imej dihasilkan menggunakan janaan komputer (CG).

1. KAWASAKI NINJA H2 SX SE

Lakaran janaan komputer Ninja H2 SX SE.

Seperti ZX-10R, timbul desas-desus mengatakan H2 SX SE akan dikemas kini dengan memuatkan suspensi semi kawalan elektronik aktif Showa untuk memaksimumkan tekanan damper untuk tunggangan kelajuan tinggi dan menambah baik keselesaan.

2. KAWASAKI VERSYS 1000

Lakaran janaan komputer (CG) Kawasaki Versys 1000 (2019).

Selepas debut 2012,  model ini mengalami perubahan major pada 2015. Model baharu mungkin akan berubah pada bahagian enjin dan teknologi, termasuk penampilan. Ada maklumat mengatakan Kawasaki akan melakukan penambahbaikan pada Versys 1000 menerusi sokongan Unit Unjuran Inersia (IMU) Bosch 6-paksi dan Belokan ABS. Ada kebarangkalian juga suspensi elektrik dipasangkan pada Versys 1000.

BACA>>>Panduan Pilih Motosikal Harian [Siri 3] – Adventure Touring

3. KAWASAKI W800 BAHARU

Lakaran janaan komputer (CG) Kawasaki W800 (2019).

W800 dihentikan pengeluaran pada 2016, tetapi muncul semula kerana mendapat sambutan hangat. Scrambler W2TT didedahkan pada era 60-an di Pameran Motor Paris, dan ada ura-ura W800 dalam versi scrambler akan diperkenalkan.

3. KAWASAKI KLX 125

Lakaran janaan komputer (CG) Kawasaki KLX 125 (2019)

Kawasaki mengumumkan model Ninja 125 dan Z 125 di Eropah. Berdasarkan trend semasa itu, KLX 125 sedang disiapkan Kawasaki. Walaupun model sedia ada sudahpun dilenyapkan, tetapi pengganti yang bakal tiba akan dilengkapkan ciri khas seperti rim lebih besar dan suspensi injap panjang.

4. KAWASAKI Z400

Lakaran janaan komputer (CG) Kawasaki Z400 (2019)
Lakaran janaan komputer (CG) Kawasaki Z400 RS (2019)

Sejak didedahkan, jualan Ninja 400 mendahului segmen motosikal itu dengan mengalahkan CB 400 SF/SB. Jadi, memang ada harapan Z400 bakal muncul. Streetfighter itu dijangka dikeluarkan berasaskan ilham rekabentuk siri berkenaan. Dan jika versi Z dikeluarkan, alangkah bagus jika Z400 RS juga ada bersama, seperti mana Z900 RS yang dibangunkan berasaskan Z900.

BACA >>> 5 Motosikal Naked Middleweight Pilihan dengan Bajet RM30k

SUMBER: YoungMachine
AIMExpo 2018 EICMA 2018 Ekspo Motosikal Antarabangsa Amerika Syarikat (AIMExpo) Kawasaki Kawasaki KLX 125 Kawasaki Motors Corp Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Kawasaki Ninja H2 SX SE Kawasaki Versys 1000 Kawasaki W800 kawasaki z400 Pamera Motor Milan (EICMA) 2018 roda2 streetfighter
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.