• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Ini Strategi Kotak Gear Škoda - Klac Berkembar Untuk Eropah, Torque Converter Keadaan Ekstrem, Manual untuk Keseronokan!

Ini Strategi Kotak Gear Škoda - Klac Berkembar Untuk Eropah, Torque Converter Keadaan Ekstrem, Manual untuk Keseronokan!

January 1, 2026 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

ŠKODA Auto mempunyai pengalaman yang lama dalam pembangunan transmisi manual serta kepakaran meluas dalam transmisi automatik, termasuk jenis klac berkembar dan penukar tork hidrodinamik.

Keputusan untuk menggunakan kotak gear tertentu tidak semudah pilih dan pasang. Sebagai contoh, Proton Saga baharu dengan kotak gear automatik dan CVT.

Banyak faktor perlu dipertimbangkan seperti kecenderungan pengguna, penggunaan bahan api, kos dan pelbagai lagi.

Setiap jenis transmisi yang ditawarkan akan terus relevan untuk tempoh yang panjang kerana menawarkan kelebihan tersendiri bergantung kepada pasaran, kenderaan dan keadaan penggunaan.

Berikut identiti atau kod kotak gear dalaman kumpulan:

  • Manual: MQ
  • Transmisi automatik klac berkembar: DQ
  • Transmisi automatik penukar tork (torque converter): AQ

Tidak semua jenis ditawarkan bagi setiap model atau pasaran kerana setiap sistem direka untuk memenuhi keperluan tertentu.

Tiada Satu Sistem Sesuai untuk Semua

Škoda menghasilkan kenderaan dengan ketiga-tiga jenis transmisi di Mladá Boleslav serta di kilang luar negara.

Walaupun transmisi AQ tidak ditawarkan untuk pasaran Eropah, ia tetap dipasang di kilang Czech bagi kenderaan yang dieksport ke luar EU.

Menurut Ketua Pembangunan Transmisi Škoda Auto, Milan Litoborský, semua transmisi untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) masih mempunyai masa depan yang panjang di peringkat global.

Tiada satu sistem yang mampu berfungsi sama baik dalam semua keadaan dunia, justeru Škoda mengekalkan beberapa konsep berbeza bagi memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai.

Manual: Ringkas, Murah dan Berorientasikan Pemandu

Transmisi manual MQ merupakan asas tradisi Škoda dan dibangunkan berdasarkan pengalaman puluhan tahun, menjadikan syarikat ini antara pembangun utama transmisi manual dalam Volkswagen Group.

Kelebihannya termasuk struktur mekanikal yang lebih ringkas, kos lebih rendah serta tahap penglibatan pemandu yang tinggi, khususnya bagi pemanduan sporty.

Dalam transmisi manual, pemandu berfungsi sebagai unit kawalan, mempengaruhi gaya pemanduan dan had mekanikal kenderaan.

Walaupun pemandu mahir boleh mengendalikan situasi mencabar seperti cerun curam atau penundaan treler, klac akan mengalami kehausan dari masa ke masa.

Dari sudut pembangunan, transmisi manual kini hampir mencapai hadnya dengan penambahbaikan masa hadapan lebih tertumpu kepada penggunaan bahan baharu, proses pembuatan dan pelincir yang lebih baik.

Klac Berkembar: Pilihan Utama di Eropah

Transmisi automatik klac berkembar DQ kini menjadi pilihan paling popular di Eropah.

Sistem ini menggunakan dua aci input berasingan untuk gear ganjil dan genap, membolehkan pertukaran gear yang sangat pantas dan lancar melalui dua klac.

Kelebihan utamanya termasuk kecekapan tinggi, keselesaan dan masa pertukaran gear yang hampir tidak dirasai oleh pemandu.

Penalaan yang tepat membolehkan pengalaman pemanduan selesa atau sporty, di samping membantu mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan CO₂.

Namun, klac kekal sebagai had mekanikal utama dalam keadaan penggunaan ekstrem.

Automatil Dengan Penukar Tork: Untuk Persekitaran Paling Mencabar

Bagi pasaran dengan suhu melampau, kelembapan tinggi dan trafik henti-gerak yang berpanjangan, Škoda menggunakan transmisi automatik penukar tork AQ.

Sistem ini menggunakan bendalir untuk memindahkan kuasa, manakala pertukaran gear dikendalikan oleh set gear planetari, menjadikannya lebih tahan dalam keadaan ekstrem.

Transmisi ini digunakan secara meluas pada model Škoda di India dan rantau lain dengan keadaan serupa.

Walaupun masa pertukaran gear lebih panjang serta penggunaan bahan api dan pelepasan emisi lebih tinggi berbanding klac berkembar, keupayaannya dari segi fungsi pemanduan dan keserasian sistem bantuan pemandu adalah setara.

Peranan Tersendiri

Pendekatan Škoda Auto jelas menunjukkan bahawa setiap jenis transmisi mempunyai peranan tersendiri.

Transmisi manual menawarkan keseronokan dan kesederhanaan, klac berkembar menekankan kecekapan serta prestasi, manakala penukar tork memastikan ketahanan dalam keadaan paling mencabar bagi memenuhi keperluan pasaran global yang berbeza.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ŠKODA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my