Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ini 5 Perkara Baharu Proton Kongsi Tentang Iriz, Persona (2022)
Roda4

Ini 5 Perkara Baharu Proton Kongsi Tentang Iriz, Persona (2022)

ShawkathBy Shawkath31/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMASA Proton melancarkan dua varian versi dipertingkat iaitu siri Persona dan Iriz (2022) pada awal bulan ini, tujuan untuk membangkitkan minat pembeli dengan tawaran naik taraf luaran dan dalaman.

Pendekatan itu termasuk tambahan ciri baharu yang difikirkan menarik dan mahu menarik perhatian pembeli. Kehendak pelanggan diketahui Proton menerusi survei dijalankan dan maklum balas. Jadi, apa yang Proton sorok dalam Iriz dan Persona 2022?

BACA >>> Tentang Proton Iriz (2022) Baharu yang Perlu Anda Tahu, Lebih Kemas dan Mengancam!
BACA >>> Tentang Proton Persona (2022) Baharu yang Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM45.2k

1. 200 Komponen Baharu

Eksekutif Program Kenderaan Iriz dan Persona, Adzrai Aziz Ibrahim dalam sesi perbualan maya bersama kumpulan media permotoran berkata, ada 200 komponen baharu dibangunkan iaitu:

  • 158 komponen untuk Persona dan Iriz
  • 42 komponen eksklusif untuk varian Iriz Active

200 komponen itu terbahagi kepada lima bahagian utama iaitu:

  • Badan – 51
  • Dalaman (kabin) – 42
  • Casis – 26
  • Elektrik – 76
  • Trenkuasa – 5

Proton tidak mendedahkan jumlah kos pembangunan 200 komponen baharu, tetapi kekal menggunakan khidmat vendor sedia ada. Tiada pembekal komponen baharu.

Persona 2022
Iriz Active (2021)

2. Kualiti dan Prestasi Ditambah Baik?

Selain 200 komponen itu, Proton turut menambah baik 32 aspek kualiti dan enam bahagian prestasi.

Peningkatan Kualiti
  • 8 berdasarkan maklum balas pelanggan.
  • 10 item mengikut  GCPA Proton (Audit Produk Pelanggan Global).
  • 3 aspek rekabentuk.
  •  11 lagi berkait PPQS (soal selidik).
Peningkatan Prestasi
  • Penggunaan bahan api.
  • Jarak membrek.
  • Kadar kesenyapan dalam kabin (NVH) untuk gegaran ketika melahu (idling vibration) dan BSR  (Buzz, Squeak, Rattle)
  • NVH – kebocoran udara (angin menembus masuk ruang kabin).
  • Keselamatan.
  • Keselesaan pemanduan dan pengendalian (Ride & Handling).

3. Kenapa Tiada Transmisi Manual?

Transmisi manual tidak lagi ditawarkan sebagai langkah rasionalisasi berdasarkan permintaan pasaran. Keputusan itu dibuat selepas melakukan kajian.

Jumlah jualan kenderaan (TIV) Malaysia sepanjang 2020 ialah 528,434 unit dan kenderaan jualan transmisi manual cuma 3 peratus (sekitar 29,000 unit) sahaja. Sebaliknya 97 peratus ialah transmisi automatik. Jadi, lebih baik fokus kepada kek pasaran lebih besar.

4. Kenapa Pilih Kabin Coklat?

Tona coklat bertujuan menampakkan ruang kabin lebih luas berbanding warna hitam yang membuat nampak sempit. Malah kajian dilakukan mendapati warna coklat nampak lebih premium.

5. Benarkah Jimat Minyak?

Menurut Proton, ada tambahan tahap kecekapan penggunaan bahan api untuk Persona dan Iriz termasuk varian Active. Berikut data dikongsi:

  • Persona – 6.6 liter per 100km.
  • Iriz 1.3L – 6.7 liter per 100km.
  • Iriz 1.6L – 7 liter per 100km.

Iriz dan Persona (2022) jimat 12 peratus penggunaan minyak petrol menerusi mod pemanduan normal dan ada 10 peratus ketika pemanduan mod ECO.

Nampaknya Proton sudah mencapai sasaran ditetapkan, iaitu bawah penggunaan bahan api 7 liter per 100km. Model Proton Persona dan Iriz (2019) menggunakan 7.5 liter per 100km. Kiraan dibuat berdasarkan anggaran Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC).

Cara Proton mengurangkan penggunaan petrol ialah menaik taraf perisian termasuk fungsi SAT dan dua ciri baharu pada sistem transmisi CVT iaitu kawalan lahu neutral (Neutral Idle Control – NIC) dan mod ECO.

  • NIC akan ‘membebaskan klac’ apabila kenderaan tidak bergerak, berhenti di lampu isyarat merah atau dalam kesesakan trafik.
  • Mod ECO pula ‘mematikan’ sistem klac untuk membolehkan kereta meluncur tetapi ini cuma untuk halaju bawah 70kmj. Bagaimanapun, tindak balas luncur itu akan tamat (klac kembali aktif) apabila menekan pedal brek atau minyak.

BACA >>> Proton Nombor Satu, Catat Angka Jualan Tertinggi Julai 2021, Perodua Jatuh Tempat Keempat
BACA >>> Proton Saga Black Knight Muncul Juara Hagerty Festival of the Unexceptional 2021
BACA >>> Harga Kereta Proton Turun di Pakistan, Jimat Sampai RM2.6k!
BACA >>> Proton X70 SE (2021) Lancar di Malaysia, 2,000 Unit Sahaja, Harga RM123.8k
BACA >>> Apa Anda Dapat dengan Proton Saga R3 Limited Edition (2021)? Harga RM42.3k

Adzrai Aziz Ibrahim Proton Proton Iriz 2022 Proton Iriz Active Proton Persona (2022)
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Alson P on 02/09/2021 02:42

    Semua penambah baikan Dan peningkatan kualiti Iriz Dan Persona sememangnya adalah perkara positive.. Ada satu lagi sepatutnya Ada peningkatan dari segi performance… Iriz 1.3L dengan 94hp perlu ditune up sedikit kepada 95+hp.. mana Kala iriz Dan persona varian 1.6L Pula boleh guna enjin Yang sama dengan exora dengan kuasa 138+hp.. Pasti permintaan meningkat 300% walaupun untuk jangka masa pendek(1-3) tahun Sebelum replacement… jika exora boleh dijual dengan harga 60k maka persona/Iriz 1.6L CFE (138hp) juga boleh jika harganya Di bawah 60k.. enjin lama tiada kos pembangunan..
    Just my 2cent

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.